Bermain Giant Bubbles

Pada suatu petang yang sangatlah indah. Adam yang dah lama sangat tak ke taman permainan, teringin nak bermain di taman. Mulanya, bercadang nak main basikal. Tapi, Adam berubah fikiran. Skuter yang dibawanya.

Nak main skuter, lengkap la dengan pad lutut dan siku. Tapi, helmet tak dipakainya. Longgar kata Adam. 

Sampai di taman, lain pula jadinya. Mulanya Adam dan Aleesya bermain permainan di taman la. Kemudian, Aleesya bermain gelungsur pula. 



Sempat juga la Adam beraksi dengan skuternya sekejap.

Akhirnya, haaa... belon gergasi. Kikiki.



Meh tengok video ni sekali.



Main belon ni mendatangkan keceriaan. Sebab ramai yang mengejar belon untuk dipecahkan. Termasuk la mama dan Aleesya. 

Tak sempat habis bermain, hujan turun mencurah-curah. Terpaksalah kami balik walaupun tak sampai setengah jam pun lagi keluar rumah. Nasib baik lah destinasi dekat aje. Phewww...

2 comments:

  1. Ni nmpknya mama dah rajin bawak Adam n aleesya ke taman..seronok main bubbles bila tiba masa dpt pecahkan.

    ReplyDelete
  2. Mana pi skuternya, Adam? Hilang ditelan belon gergasi ya? Nampak sangat keceriaan sekeluarga terutama mamanya :)

    ReplyDelete