Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayah


Anak perempuan lebih manja dengan ayah. Benarkah? Betul? Rasanya, ia subjektif. Terpulang kepada anak-anak dan bapa-bapa. 

Macam mana dengan adik manja abang Adam ni? Hurmmm... buat masa ini, Aleesya memang anak manja mama. Mungkin juga faktor berpeluk je masa nak tidur. Mungkin...

Seharian tak jumpa, mama la Aleesya cari. Selepas kenyang, yeayyy... masa untuk bermain. Di manakah papa? Sama macam Adam dulu. Nak makan, nak tidur, dia cari mama. Bila nak bermain... silalah bermain dengan papa. Haaa... main lasak-lasak tau.

Sebab bila dengan mama, mama ajak main puzzle je. Ayat pemikat, " Main ni untuk otak bijak ". Haaa... siapa tak nak pandai kan? :)

Biarlah balance kan. Rapat dengan keduanya. Mama dan papa. Alhamdulillah :)

3 comments:

  1. Bila nk ada anak perempuan ni? Comella aleesya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh... naim dan nazif boleh dpt adik ni. kikiki

      Delete
  2. Comel betul tocang dua aleesya. Afia rapat keduanya.lain masa manja juga dengan abah, waktu tido je taktau kenapa tak boleh langsung abah pegang. Ye lah abah takde susu.haha

    ReplyDelete