Aleesya Pose Lentok

Tengok si comel mama ni. Dia memang suka pose lentok-lentok. Itu belum masuk pose lentok pegang pipi lagi. Kikiki.

Asalkan cukup tidur, insya Allah dapat la gambar dengan senyuman. Kalau time berjalan tu dia dah mengantuk, haaa... masam aje lah. Itu pun syukur, Aleesya jarang la mengamuk nak tidur. Cuma kalau tak selesa, sesekali keluar juga perangai comelnya. 

Agenda makan-makan dalam gambar ni berlaku dengan tenang sekali. Kali ini Aleesya behave. Tertib makan walaupun sesekali sengaja menjatuhkan sudu ke lantai. Hihihi.




Inilah permata hati kami. Kalau Aleesya tidur awal sangat, Adam akan mengeluh. Tak seronok nak main bila adik tidur. Adik pun sama. Macam bayang-bayang kepada abang. Ada abang, adalah adik mengekor. Seronok bila ada si kecil yang suka buat kelakar ni di rumah.

2 comments:

  1. Alahai comelnya aksi lentok aleesya. Pandai dia bergaya posing ambil gambar ye..afia Semarang tak suka posing.Marah lagi ada kalau kita nk ambil gambar.tak sporting.hehe

    ReplyDelete
  2. Bukan main comel aksi lentok si Aleesya ni, seksi tau :) Hahaha...

    Elok pulak tu dia berposing time mood baik ya. Kalau anak saya yang kecil tu, jangan haraplah dia nak peduli kalau nampak kita nak snap gambar. Dia buat tak tahu aje!

    ReplyDelete