Adam Risaukan Diri Adam

Mama baru di transfer ke tempat baru. Jauh la sikit berulang-alik. Insya Allah kami akan berpindah supaya dekat sedikit jarak perjalanan mama. Dan tentunya, Adam dan Aleesya terpaksa berpindah sekolah!

" Nanti kita pindah rumah baru! ".

" Bestnya! Tapi, Adam risaukan diri Adam la mama ".

Haaa... terkedu juga la rasanya. Pandai Adam susun ayat tau!

" Risaukan apa? ".

" Nanti rumah kawan-kawan Adam jauh dari Adam. Sekolah baru, nanti Adam tak ada kawan. Nak naik bas pun tak ada kawan ".

Masya Allah. Dia sempat fikir pasal kawan rupa ya.

" Nanti kita start balik macam mula-mula. Ingatkan mula-mula masuk Raniya. Adam tak ada kawan. Lepas tu, raaaamai kawan Adam. Kat tadika pun sama kan? ".

" Aaa.... Adam dah ramai kawan kat school. Yang boys semua dah jadi kawan Adam ( refer kawan dalam kelas ) ".

" Girls? ".

" Belum semua. Tengah nak kawan la ni ".

" Haaa... kawan la semua orang. Mesti kat school baru nanti, semua orang nak kawan dengan Adam ".

Risau la juga. Harap-harap cepat dapat kawan baik. Susah kalau tak ada kawan ni. Takut teringat kawan-kawan lama.

Adik pula? Haaa... Aleesya tak risau apa-apa la kan! Sepanjang masa happy je. Tiba masa nanti... itu yang risau tu. Maklumlah budak manja. Kot la menangis lama sebab bertukar teacher. Selain picky eater, Aleesya ni memilih orang. Semua orang ditegur, disenyum. Nak sentuh? Haaa... bukan semua orang boleh!

3 comments:

  1. amboi Adam ayat macam org2 besar.sama macam aiman.syat selalu skema buku teks.hehe..

    Insyaallah semuanya berjalan lancar.mula2 je nti dah dpt kawan mesti suka dengan rumah ,skool n kawan baru.

    ReplyDelete
  2. biasala budak2...jgn kata budak2 kdg2 kita yg besar pun perlu ada kawan huhu

    ReplyDelete