Adam Belajar Sirah

Tak aci kan mama. Start dengan subjek yang senang. Kikiki. Ok la tu. Adam boleh membaca jawi, tapi kurang mahir berbanding membaca bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bila kurang mahir, keyakinan diri pun kurang kan?

Nak mengajar jawi semata, mama tak reti la pula. Tak tau caranya. Jadi mama pilih satu subjek sekolah agama iaitu sirah. Sambil belajar sirah aka sejarah, sambil Adam belajar membaca jawi.

Tapi mama lebihkan kaedah bercerita. Mama bercerita kepada Adam, dan kemudiannya kami membaca bersama-sama. Bila lebihkan kaedah bercerita, kaedah teka-teki, haaa... fakta-fakta lekat terus di kepala. Kepala Adam dan kepala mama. Ngeee... tapi... belum tercapai la objektif mengajar membaca jawi dengan lancar. Tak apa lah. Yang itu akan datang dengan sendirinya kalau kita konsisten belajar kan.

Kenapa mama pilih sirah? Sebab, bukan senang nak ajar tajwid atau lain-lain subjek. Mama yang kena study bagai nak exam nanti. Kikii. Akhlak mungkin common sense bagi kita yang dewasa. Bagi Adam, susah juga kot. Lagipun sirah lebih seronok. Boleh selit-selit dengan kisah nabi. 

Banyaknya subjek budak sekarang kan? Dulu-dulu, sikit sahaja rasanya. Harapnya, dengan sedikit bantuan Adam akan kekal bersemangat! Ameen! 

6 comments:

  1. adoi, kena ajar sirah? nampaknya mak kena baca dulu sebelum ajar anak kan? mencabar juga ni.. selamat berjaya buat MA. insyaAlalh Adam mudah faham dan menguasai dengan baik nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang awal-awal ni, senang je. tak tau la... MA rasa senang. kot Adam rasa susah, tak tau la.

      Delete
  2. Adoi sirah pun kena belajar.mmg byk betul subjeknya kan.sy pun pening tak tau nak mula dr mana..tahun lepas byk sgt sia2kan waktu belajar dengan aiman.bagus Adam pandai baca jawi.aiman expert baca bahasa melayu je.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam boleh baca jawi. tapi tak mahir. banyak juga dia tak tahu. BM dan BI, alhamdulillah, memang dah boleh lepas tangan kalau membaca. tapi, pemahaman tak tau la. nak kena rajin-rajin buat latihan sebenarnya kan?

      Delete
  3. Replies
    1. belajar main-main memang Adam enjoy. setakat ni, belum lagi nak suruh belajar betul-betul. MA pun dulu tak belajar mana time sekolah rendah.

      Delete