Abang Main Puzzle. Adik?

Abang sibuk main ipad. Adik nak main psp. Kejap sahaja adik tu. Tekan-tekan apa pun, tak tahulah. Lastly, end up dengan Aleesya melompat-lompat atas sofa. Huuuu... seriau dibuatnya.

Haa... mama keluarkan puzzle ni. Tujuannya biar Aleesya main. Main baling-baling pun tak apa. Asalkan tak melompat di atas sofa. 


Berjaya! Aleesya main tabur-tabur puzzle di atas kepala. Yeay! Kikiki. Sekejap je la. Tapi, berjaya membuat Aleesya lupa pada aksi melompatnya tadi. 

Adam sambung main puzzle. Ada lah 5 keping dia siapkan. Yang dah siap, disorokkan di belakang. Takut adik kacau :) 


Lepas tu, Adam sambung main game, dan adik sambung puzzle.


Adik buat apa? Adik masukkan puzzle ke dalam kotak. Kalau kotak tertutup, adik menjerit. Kikiki. Belum pandai nak buka sendiri penutup kotak tu. Itupun sikit je. 


Bakinya, mama la yang kena simpan.


3 comments:

  1. Adik tak lama lagi pandailah tu siapkan seploh..abang siapakan Lima je kan..adik mesti advance sikit Dari abang,hehe

    ReplyDelete
  2. Jangan bimbang, tak lama lagi pandailah Adik siapkan puzzle. Takdalah Mama kalut mengemas puzzle yang tak siap-siap tu. Kalau Abang Adam boleh siapkan lima, Adik lagi curlass nanti. Senang je nak 'take over' abangkan, Aleesya :)

    ReplyDelete