Sambutan Tahun Baru 2015

Awal tahun disambut dengan demam panas! Kesian abang Adam. Alhamdulillah... sepanjang 2014, Adam sihat walafiat. Tapi... menyambut tahun baru dengan demam panas.

Demam panas menyerang selama 3 hari. Hari keempat masih demam, tapi suhu terkawal. Kebiasaannya, mama akan mengambil cuti jika anak-anak demam. Kali ini, ada aral pula. 

Papa pun tak dapat bercuti, jadi Adam mengikut papa ke opis. 

Paginya, Adam bermain komputer : melayan youtube dan sebagainya sementara papa bermesyuarat. Bosan dengan komputer, Adam beralih dengan kertas dan buku.


Lunch time adalah yang paling ditunggu. Pemilihan tempat makan dibuat oleh Adam. Happy la sikit anak yang demam.


Suhu agak terkawal pada sebelah siang. Walaupun suhu tinggi, Adam masih bertenaga. Namun, bila malam... suhu semakin tinggi. Risau juga apabila Adam semacam meracau akibat panas. 

Kebiasaannya mama akan kejut dan beri Adam minum ubat dan air. Hendak dituam, Adam menolak. Hanya mengharapkan kesejukan bilik akibat daripada aircond yang dipasang kuat.

Syukur la Adam dah sihat. Risau yang teramat!

2 comments:

  1. Org demam demand burger king ye.bila demam suhu tinggi tu yg buat risau tu.tak tido malam jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang demam ni... memang suka makan burger.

      Delete