Peralatan Sekolah Aleesya

Betul-betul nak tidur, baru la nak check buku log Aleesya. Alamak! Ada pesanan la!

Pesanan pertama :


Esok mama usahakan ye. Mata dah kuyu, otak pun dah penat ni.

Pesanan kedua :


Ok. Yang ini beres. Tak ada hal. Alat tulis Adam melambak satu drawer. Drawing block? Ada satu buku belum pakai. Tak masuk kertas warna. Tapi teacher tak suruh bawa kertas warna :p


Haaa... nak cerita pasal pencil colour ni. Ini... rasanya beli masa Adam lebih kurang 3 tahun! Haaa... ye... inilah pensel warna yang dibeli pada tahun 2011. Refer entry ini.


Kikiki. Dengan Adam, inilah dilemanya. Barang-barang dia terjaga, tak hilang. Masa tu beli 2 set pencil colour ni. Yang satu tu dah pendek-pendek. Pendek, tapi cukup. Tiada yang hilang. Tapi yang ini, masih dalam ketinggian asal. Kikiki. Stress bila ke kedai buku. Mamanya nak belikan set yang baru. Tapi... semuanya masih ada. Belikan juga la yang baru sebab rasa lama sangat pakai yang sama :)

Trick yang mama guna untuk elakkan membazir : bagi je pada wan yang kebetulan mengajar pendidikan seni ( masa tu la ), untuk dibuat loan unit pada anak-anak murid yang tertinggal alat tulis dan pencil colour. Asalnya, wan sedekah pada anak murid yang tertinggal peralatan. Sudahnya... semua tinggalkan barang untuk dapatkan yang baru. Sebab tu timbul idea buat loan unit pula :)

Banyakkan pencil colour Adam? Loan unit tu... Adam punya hanya 2 set. Yang lain adalah hasil goody pack birthday. Bila dikumpul-kumpul, ada hampir 20 set. Semua set tersebut adalah baru. Rezeki anak murid wan :)

Untuk Aleesya, pakai yang abang punya ye. Ini saiz jumbo. Sesuai la untuk tangan kecil Aleesya :) Memang mama sayang yang ini : 1st colour set abang Adam.

4 comments:

  1. bestnya taska aleesya. umo baru 1 tahun kan?? dah ada aktiviti gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kat sini start awal. kikiki. ni kan nursery adam dulu tu.... awak pernah dtg kan?

      Delete
  2. Eh, Aleesya tu baru setahun lebihkan? Dah ada aktiviti colouring macam ni ke? Terkejut den :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa.. awal2 lagi anak dah didedahkan dengan macam2 aktiviti. seronok!

      Delete