Majlis Khatam Al-Quran 2014

Majlis khatam Al-Quran. Sebenarnya, bukanlah khatam Al-Quran. Tapi... pra-khatam. Mana-mana budak yang dah pandai mengaji, ustazah select untuk join majlis ini.

Tengok Adam, berbaju Melayu! Ibu kena iring anak ke atas pentas bersama bunga telur. Punyalah mama ikut tradisi. Telur! Orang lain kasi gula-gula. Ustazah kata, bunga telur. Bukan bunga gula-gula. Hihihi!


Maafkan mama, mama tak iring Adam naik sebab sedang handle Aleesya. Tapi, mama iring Adam turun dari pentas untuk berbagi bunga telur!

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya surah Yaasin oleh anak-anak. Bangga perasaan seorang ibu apabila anaknya dah boleh mengaji. Syukur alhamdulillah!



Habis mengaji, kami dipersembahkan dengan nyanyian nasyid oleh anak-anak!


Seronoknya rasa! Gamat dewan dengan nyanyian anak-anak!

Owhhh... kena la ada gambar Aleesya sekali!


1 comment:

  1. wahhhh...bangganya bila anak dah pandai ngaji!! tahniah Abang Adam!

    ReplyDelete