Hari Ketiga Darjah Satu

Selepas melalui hari pertama darjah satu yang panjang, hari kedua yang medium panjang, hari ketiga cukup pendek. 

Mama ke sekolah kebangsaan time rehat. Jalan jem, dan mama sampai semasa Adam tengah makan. Adoi! Macam mana nak menyorok ni.

Sambil terhendap-hendap di kantin mencari Adam, tiba-tiba ternampak ada tangan yang melambai. Adam!

Adam sedang makan bersama kawannya. Kali ini dengan Qayyim. Muiz tak datang sekolah katanya.



Soalan pertama dari mulut Adam, " Kenapa mama datang? Kan kata dua hari je nak tengok Adam ".

" Mama datang kejap aje ".



Adam makan bekal yang disediakan. 4 ketul chicken wrap, dimakan dua ketul. Habis makan, ehhh... dia tinggal je mama.



Masa dah habis katanya. Nak pergi beratur. Adam berlari-lari dan mama pun balik.


Tamat hari ketiga persekolahan Adam!

2 comments:

  1. Nampak Adam OK je muka ceria tak ingat. Mama yang risau lebih ye tak

    ReplyDelete
  2. Sikitnya Adam makan.. dah balik nati makaj banyak tak dia?

    ReplyDelete