Gelagat Balik Sekolah : Day 1

Buka phone, jumpa la gambar-gambar ni. Aishhh... sayang gambar terbiar di dalam phone. Meh kita share ramai-ramai. At least Adam pun boleh tengok nanti. Mana la tau kot-kot rindu kat kawan-kawan ni bila dah bertukar sekolah nanti. Opsss.... hihihi.

Adam, Qayyim dan Muiz. Haaa... ini kawan-kawan tadika ni. Sebab ada kawan-kawan ni la yang Adam jadi kuat. Kuat semangat. Tak heran dekat mama dan papa. Sebab? Tu diaaa...




 Sebenarnya dari awal lagi mama suruh Adam tanya pada kawan-kawan. Siapa yang akan satu sekolah dengan Adam. Puas Adam tanya, cuma seorang je yang sama sekolah dengan Adam. Itu pun, girl. Bila girl, bukan la geng sangat kan. Boleh la tegur-tegur gitu.

Sampai je sekolah semasa hari pertama persekolahan tu, haaa... ada kawan lelaki! Qayyim dan Muiz. Haaa... walaupun asalnya mereka berlainan kelas, tak apa. Time rehat boleh jumpa. Tapi sekarang Adam dah sekelas dengan Muiz. Lagi seronok la! Agak-agak kalau bertiga sekelas, haru-biru tak kelas? Kikiki.

Kesian pada budak yang belum dapat kawan. Diam aje. Teringat pula masa Adam mula-mula masuk tadika dulu. Haaa... trick apa yang mama guna untuk dapatkan kawan untuk Adam? Senyum sendiri sebab semasa mama datang jenguk Adam pada hari kedua persekolahan tu, ada parents yang guna trick yang hampir sama. Kikiki.

Usaha tangga jaya. Mungkin dalam masa dua - tiga bulan lagi mama kena guna balik cara tu :)

2 comments:

  1. Ye la susah juga nk carik kawan ditempat baru.kalau ada kawan yang dah kenal senang sikit la.Cara apa mama guna? Share sikit.mana tau bley apply untuk afia nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki. nanti saya buat entry. cara biasa2 je. cuma tersenyum la sendiri bila nampak ada parents yang bersusah payah buat macam tu juga :)

      Delete