Gaya Abang Kawasan

Ini gambar hari kelima persekolahan. Kikiki. Bukanlah kami menunggu anak di sekolah sampai lima hari! Hari kelima persekolahan ni, papa yang datang untuk menerima bantuan RM100 tu.

Lepas ambil duit bantuan, murid-murid dibenarkan balik.

Adam dan Muiz. Lepak di bawah pokok sebelum naik bas ke transit. Tapi... hari ini Adam nak balik rumah. Nanti papa hantar ke sekolah agama :)


Adam kah yang kecil atau Muiz yang besar? Hihihi. Sebenarnya, Muiz yang besar. Nampak halus kecil kurus je bergambar berdua begini.

Yang manis senyumannya ni, mama belum berkenalan lagi.



Papa kata ada seorang girl yang asyik mengekor Adam. Girl ni naik bas yang sama dengan Adam, tapi berbeza tempat transit. Kata Adam, itu kawan baru. Dia belum dapat kawan lain.




Bila tengok anak berkumpul macam ni, tak sangka baru darjah satu! Nampak macam dah besar sangat. Amboi... bila berborak, dia lupa kat kita!

5 comments:

  1. Mmg muiz kot yang besar..gaya bean dah macam aiman.

    Amboi Adam dah ada girl yang suka dia ke.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. girl tu belum dapat kawan agaknya. nanti dah ada kawan, dia berenti la mengekor adam ;)

      Delete
  2. comey sangat yg tersenyum manis tu

    ReplyDelete