Bila Abang Buat Homework

Inilah masalah setiap hari. Abang buka sahaja beg dan keluarkan buku untuk buat homework, adik pun dah kalut. Kalut apa? Kalut la nak pandai juga.

Aishhh... takkan nak biarkan abang pandai sorang-sorang!

Bagi kertas, pen atau pensil. Haaa... adik akan menconteng la!


Hihihihi. Nampak gambar kepala cat kat situ. Sebab, Aleesya sukakan kucing!

Amboi! Muncung pun ke depan bila menconteng! Satu je yang geram ni... menconteng, memegang... makan tangan kiri. Puas la membetulkan. Bila kita tak sedar, Aleesya akan tetap guna tangan kiri.


Harap-harap, Aleesya akan lebih ke kanan. Hihihi. Owh... meja study abang Adam, macam dah berlaku rampasan kuasa. Nanti kita beli kerusi comel lagi satu ye. 

Rumah ni... nak meja study, untuk saiz baby pun ada. Kikiki. Orang anak sorang, semua lengkap. Tapi satu je la. Bila ada adik, adik nak berjemaah. Nak sama dengan abang. Jadi... nanti kita beli la lagi satu kerusi yang sesuai untuk dua-dua ye. Boleh la berjemaah berdua!

3 comments:

  1. Sama pulak tajuk kita :)

    Dekat rumah saya pun situasi macam ni dah kerap berlaku. Tapi si adik tu lagi brutal. Main tolak aje Abang dari kerusi sebab dia nak buat homework padahal belum tadika pun lagi. Masalahnya sama juga. Bukan takda kerusi meja sendiri tapi tempat belajar Abang juga yang nak dirampasnya! Anak saya yang kedua tu pun kidal, ikut Mommynya! Tak bolehlah nak marah....

    ReplyDelete
  2. Haha.. anak2 ya. Nazif pun lebih kurang je. Abang buat bacaan dia mulala mencari bukunya nak minta baca gambar.. dia nak diterjemahkan apa nama gambar yang dia tunjuk tu..

    ReplyDelete
  3. umur-umur cenggini, anak2 mmg kuat 'meniru', apa orang lain buat, dia pun nak buat juga. hehe

    ReplyDelete