Bersandar Kekenyangan

Alahai dua beradik... makan sampai kenyang. Dah kenyang... tersandar. Adam kekenyangan, Aleesya juga!

Selepas Adam menyandar, ehhhh.... si adik pun follow nak menyandar. Itulah beza orang ada abang. Apa abang buat, adik mesti nak ikut!


Adam dulu, suka sangat bawa keluar makan-makan. Behave! Elok je dia makan. Kiri kanan orang memandang. Sebab? Budak kecil makan elok-elok dalam pinggan menggunakan sudu. Wahhh... memang penuh adab sopan tau Adam makan.

Haaaa... Aleesya pula? Hihihi. Aleesya kan legend. Memang kiri kanan orang akan pandang. Kenapa? Sebab tisu akan bersepah di lantai, sudu akan jatuh ke bawah berkali-kali. Tapi... orang yang rajin memasak, akan tetap rajin bawa anak-anak keluar makan :)

Kali ini, Aleesya makan sampai kenyang, dan kurang mengganggu. Cuma orang lalu lalang akan berhenti. Kenapa? Aleesya yang peramah ni rajin menegur. Cuma, apabila ada orang yang over peramah pula, Aleesya akan tersenyum malu. Kikiki.


Mama pun dapat makan dengan tenang bila anak-anak dah kenyang :)


Yang mana akhirnya, mama juga kekenyangan! Kikiki. 

3 comments:

  1. Amboi kemain bergaya dua beradik bersandar.comel je..Kira aleesya lagi lasak dari abg adamlah ye

    ReplyDelete
  2. amboii sedapnyaa bersandar lepas makan. hehehe
    jemput join segmen saya ^_^

    ReplyDelete
  3. Untung anak-anak tak buat hal bila makan di luar. Kalau tidak, mereka kekenyangan, kita ni yang kelaparan dok tercekik-cekik nak makan! Sangat behavelah si Adam ni makan penuh sopan. Budak-budak ni memang suka mengikut aksi abang/kakak yang lebih tua. Macam seronok je tengok mereka imitate cara their elder siblings ni :)

    ReplyDelete