Belajar Lalulintas Di Street Smart

Amboi! Manisnya senyuman! Hahaha. Inilah yang jaga ticket di Petrosains aka cashier. Hurm... betul ke? Maaf la kalau salah. Tapi, inilah contoh pekerja yang menjaga kaunter : peramah dan senyum sentiasa!


Ini adalah kunjungan kedua Adam bersama mama, dan tentunya yang pertama buat Aleesya!

Fees dan waktu boleh masuk, refer bawah ni :




Apa yang seronoknya ke Petrosains? Bagi orang dewasa, mungkin seronok, mungkin juga biasa-biasa sahaja, bergantung kepada minat. Tapi... cuba la bawa anak-anak, ia adalah pengalaman yang hebat!

Kami bermula dengan Street Smart. Owhhh... untuk ke Street Smart ni, free sahaja. Tak perlu bayar! Di sini anak-anak dan kita yang dewasa juga, diajar tentang keselamatan jalan raya.

Di bawah adalah demo berkenaan kelajuan.



Mereka memerlukan seorang volunteer. Cousin Adam naik.



Mulanya hanya kami, dan kemudiannya penonton semakin ramai :)


Di sinilah Aleesya naik motor buat kali pertama! Amboi... tengok siapa yang depan sekali tuuuu....


Dekat street smart ni, ada banyak la permainan yang budak-budak ni boleh main untuk memahamkan mereka berkenaan peraturan lalu-lintas. Permainan mudah, tapi bila dibuat secara berkumpulan akan menyeronokkan. Kalau sorang-sorang, hihihi... bosan kot. Sebab tiada saingan! 

Tamat cerita Street Smart. Nanti akan sambung tentang aktiviti di dalam Petrosains pula!

1 comment:

  1. Saya belum bawa anak-anak masuk Petrosains lagi. Asal nak pergi je malas mengenangkan hari-hari dok pi KLCC tu. Budak-budak memang seronok punya, yang tak seronoknya bapaknya tak mahu masuk sama!

    ReplyDelete