Aleesya Mengamuk Nak Tidur

First time meninggalkan Aleesya pada hujung minggu. Terpaksa bertugas pula. Risau sangat pada mulanya. Boleh ke papa nak handle Aleesya?

Paginya, papa hantar gambar Aleesya minum susu. Aleesya minum dalam botol! Lega! Bukan apa, Aleesya masih fully bf lagi. Bimbang kalau di rumah tak mahu botol. Silap mama juga tak ajar botol di rumah.


Alkisahnya, Aleesya mengantuk. Hohoho! Cabaran papa bermula! Aleesya mengamuk. Biasa tidur sambil bf dengan mama. Wahhh! Sampai kering tekak dia meraung!


Luluh hati mama bila papa hantar gambar dan video Aleesya. Call pun tak berjaya menenangkan Aleesya. Adoiii!


Selfie untuk Aleesya. Makin dia mengamuk. Akhirnya, papa bawa round dalam kereta. Tertidur untuk setengah jam. Jadi la, dari tak tidur langsung. 

Lepas seharian, mama pulang. Mencabar iman meninggalkan anak yang selalu berkepit ni. Tapi, ada hikmah di sebalik kejadian. 

3 comments:

  1. Ala siannya. Saya faham sangat ni. Nazif dh besar sikit ni pun macam tu lagi perangainyaa. Tabah jelah melayan kalau dah masa dia buat perangai macam tu..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal...

    Kesian ke papa...mama nnt kena blanja papa tau..😉

    Folow terus blog ni...

    ReplyDelete
  3. alahai pertama kali kena tinggal memang tak keruan la papa..biasalah tu anak klu fully bf ni macam tu lah cabarannya..susah nak berenggang dengan kita. afia pun sama..setakat ni siang dia ok je klu ditinggalkan..malam tak pernah berenggang lagi.nak kursus ke apa susah macam ni

    ReplyDelete