1600 Panda Menyerang!

Siapa pernah tengok panda? Panda di Zoo Negara? Apa perasaan tengok panda hidup di kandang?

Kami suka ke Zoo Negara. Tapi, sejak Aleesya belum pernah ke sana. Pernah la nak ke sana, tiba-tiba hujan turun dan kami menukar haluan ke Aquaria KLCC. 

Sempena kehadiran 1600 ekor panda di KL, kami turut memeriahkan suasana. Kikiki. Meh tengok jadual tour 1600 panda kat Semenanjung Malaysia. Kiranya, kami dapat join pada destinasi terakhir di KL.



Adam Hasrimy.


Aleesya Hasrimy.



Posing la dua beradik.


Meriah sangat rasanya. Sebab, banyak tau panda. 1600 ekor panda! Di letakkan dalam pelbagai posisi. Comel! Panda ni dibuat dalam pelbagai aksi : berdiri, terbaring, duduk. Serious sangat comel!


Outdoor pula. Ada banyak gerai : cenderamata, gerai untuk adopt a panda, ruang bergambar. Huishhh... berlingkar orang beratur. 


Apa tujuan 1600 ekor panda ni merantau satu Malaysia? Tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi pemeliharaan panda.

Tengok abang Adam punya pose!


Ramainya orang!


Nak bergambar kat atas stage tu pun beraturnya berlingkar. Anak-anak berposing di bawah sahaja. Tak perlu tunggu lama. Hanya perlu tersenyum sahaja.


Happy je dua beradik ni.


Untuk pengetahuan, panda-panda ini semuanya telah ada ibubapa angkat masing-masing. Bermaksud setelah habis pameran ni, setiap ekor panda akan pulang ke rumah keluarga angkat mereka. Comel kan? Kami? Kami tak ada la ambil anak angkat panda ni. :)


Sedikit info, panda-panda ni diperbuat daripada kertas. Kiranya, teknologi hijau la ni!


Sekian update dari panda-panda sekalian. Babai!

5 comments:

  1. Wah.. baru tahu panda ni drl kertas..
    Seronokla adik beradik ni tengok panda yang beribu ni depan mata. Comel tul..saya ada gak teringin nak oergi tapi tak sempat .. kira tgk di blog je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. green technology katanya. kami pun mcm x sempat juga. tapi... sempat menyempatkan diri di hujung2 tour tu. kikiki.

      Delete
  2. kebetulan aritu masa g publika ternampak pulak pameran ni, apa lagi, amik peluang la berselfie..hehehe

    suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu namanya rezeki! haruslah selfie :)

      Delete
  3. comel betul panda2 tu..seronok adam dan aleesya dapat tgk panda ye

    ReplyDelete