Macam Spiderman!

Belum sempat nak bercerita. Untuk entry ni, nak share gelagat abang Adam sahaja. Insya Allah nanti mama buat full entry.

Kenapa macam spiderman? Tengok la gambar di bawah ni. Sampai terkangkang-kangkang. Adam memang macam ni. Kalau dia sedar kita nak ambil gambar, macam-macam aksi nak di buat. Pelik-pelik. Tapi menarik. Agak-agak, Adam gelak tak tengok gelagatnya sendiri apabila besar nanti.





Nanti mama update gelagat dua beradik pula!

Gelagat Balik Sekolah : Day 1

Buka phone, jumpa la gambar-gambar ni. Aishhh... sayang gambar terbiar di dalam phone. Meh kita share ramai-ramai. At least Adam pun boleh tengok nanti. Mana la tau kot-kot rindu kat kawan-kawan ni bila dah bertukar sekolah nanti. Opsss.... hihihi.

Adam, Qayyim dan Muiz. Haaa... ini kawan-kawan tadika ni. Sebab ada kawan-kawan ni la yang Adam jadi kuat. Kuat semangat. Tak heran dekat mama dan papa. Sebab? Tu diaaa...




 Sebenarnya dari awal lagi mama suruh Adam tanya pada kawan-kawan. Siapa yang akan satu sekolah dengan Adam. Puas Adam tanya, cuma seorang je yang sama sekolah dengan Adam. Itu pun, girl. Bila girl, bukan la geng sangat kan. Boleh la tegur-tegur gitu.

Sampai je sekolah semasa hari pertama persekolahan tu, haaa... ada kawan lelaki! Qayyim dan Muiz. Haaa... walaupun asalnya mereka berlainan kelas, tak apa. Time rehat boleh jumpa. Tapi sekarang Adam dah sekelas dengan Muiz. Lagi seronok la! Agak-agak kalau bertiga sekelas, haru-biru tak kelas? Kikiki.

Kesian pada budak yang belum dapat kawan. Diam aje. Teringat pula masa Adam mula-mula masuk tadika dulu. Haaa... trick apa yang mama guna untuk dapatkan kawan untuk Adam? Senyum sendiri sebab semasa mama datang jenguk Adam pada hari kedua persekolahan tu, ada parents yang guna trick yang hampir sama. Kikiki.

Usaha tangga jaya. Mungkin dalam masa dua - tiga bulan lagi mama kena guna balik cara tu :)

1600 Panda Menyerang!

Siapa pernah tengok panda? Panda di Zoo Negara? Apa perasaan tengok panda hidup di kandang?

Kami suka ke Zoo Negara. Tapi, sejak Aleesya belum pernah ke sana. Pernah la nak ke sana, tiba-tiba hujan turun dan kami menukar haluan ke Aquaria KLCC. 

Sempena kehadiran 1600 ekor panda di KL, kami turut memeriahkan suasana. Kikiki. Meh tengok jadual tour 1600 panda kat Semenanjung Malaysia. Kiranya, kami dapat join pada destinasi terakhir di KL.



Adam Hasrimy.


Aleesya Hasrimy.



Posing la dua beradik.


Meriah sangat rasanya. Sebab, banyak tau panda. 1600 ekor panda! Di letakkan dalam pelbagai posisi. Comel! Panda ni dibuat dalam pelbagai aksi : berdiri, terbaring, duduk. Serious sangat comel!


Outdoor pula. Ada banyak gerai : cenderamata, gerai untuk adopt a panda, ruang bergambar. Huishhh... berlingkar orang beratur. 


Apa tujuan 1600 ekor panda ni merantau satu Malaysia? Tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi pemeliharaan panda.

Tengok abang Adam punya pose!


Ramainya orang!


Nak bergambar kat atas stage tu pun beraturnya berlingkar. Anak-anak berposing di bawah sahaja. Tak perlu tunggu lama. Hanya perlu tersenyum sahaja.


Happy je dua beradik ni.


Untuk pengetahuan, panda-panda ini semuanya telah ada ibubapa angkat masing-masing. Bermaksud setelah habis pameran ni, setiap ekor panda akan pulang ke rumah keluarga angkat mereka. Comel kan? Kami? Kami tak ada la ambil anak angkat panda ni. :)


Sedikit info, panda-panda ni diperbuat daripada kertas. Kiranya, teknologi hijau la ni!


Sekian update dari panda-panda sekalian. Babai!

Pesanan Untuk Anak Yang Baru Masuk Darjah Satu

Apabila anak masuk darjah satu ni, apakah yang ibubapa pesan kepada anak-anak ye? Macam Adam, banyak juga pesanan! 

Antaranya :

Di kantin ( sekolah kebangsaan/pagi ), beli makanan berat jika tak bawa bekal. Contoh : nasi dan ayam goreng, nasi goreng, nasi lemak atau mee goreng. Kalau teringin nak beli keropok etc, pastikan makan makanan berat dulu. 

Tengok kanan, kiri dan kanan sebelum melintas jalan. Alhamdulillah, Adam ikut dengan jayanya di Utamakan Keselamatan Lalulintas.

Pastikan driver bas tau Adam dah naik dan turun bas. Caranya : hari-hari kena tegur driver bas. Supaya dia rasa pelik jika sehari tak dengar suara Adam. Yang ini pun lulus dengan jayanya di Hari Kedua Darjah Satu.

Jika hujan, pakai baju hujan yang disediakan di dalam beg sekolah. Alhamdulillah... berjaya juga diikuti.

Pakai kipas tangan kalau panas di dalam bas. Hurmmm... memang Adam buat. Adam tak tahan panas. Boleh demam jika berpanas. Yang bestnya, apabila keluarkan kipas, ramai pula yang nak share! Baca Hari Kedua Darjah Satu.

Kalau ada budak-budak bergaduh, lari dari situ. Jangan tengok.

Walaupun beli air manis, kena minum juga air mineral yang dibekalkan.

Jangan beli mainan di kedai buku. Yang ini kompem Adam ikut. Kata Adam, " Alaaa... mainan macam yang tak ori je yang ada. Murah-murah. Cepat rosak ". Haaa... bagus la kalau tak minat. Sebab duit tu untuk beli makanan!

Kalau duit belanja tertinggal atau hilang, jumpa cikgu kelas. Cakap nak pinjam duit. Nanti mama akan bayar balik. Bagi no phone mama pada teacher. 

Haaaa... itulah antara pesanan spesifik mama dan papa kepada Adam. Kikiki. Ada apa-apa pesanan lagi?

Gaya Abang Kawasan

Ini gambar hari kelima persekolahan. Kikiki. Bukanlah kami menunggu anak di sekolah sampai lima hari! Hari kelima persekolahan ni, papa yang datang untuk menerima bantuan RM100 tu.

Lepas ambil duit bantuan, murid-murid dibenarkan balik.

Adam dan Muiz. Lepak di bawah pokok sebelum naik bas ke transit. Tapi... hari ini Adam nak balik rumah. Nanti papa hantar ke sekolah agama :)


Adam kah yang kecil atau Muiz yang besar? Hihihi. Sebenarnya, Muiz yang besar. Nampak halus kecil kurus je bergambar berdua begini.

Yang manis senyumannya ni, mama belum berkenalan lagi.



Papa kata ada seorang girl yang asyik mengekor Adam. Girl ni naik bas yang sama dengan Adam, tapi berbeza tempat transit. Kata Adam, itu kawan baru. Dia belum dapat kawan lain.




Bila tengok anak berkumpul macam ni, tak sangka baru darjah satu! Nampak macam dah besar sangat. Amboi... bila berborak, dia lupa kat kita!

Anak Dara Demam

Anak dara malam tadi ceria aje. Seharian main. Tergelak-gelak, terkedek-kedek. Ahaaa! Malam tadi, time tidur pun ok. Tiada masalah.


Sedar-sedar jam 3 pagi, Aleesya menangis punya la kuat. Aikkk?? Selalu dia nangis ala-ala manja. Sua susu, diam la. Ini kali?

Masya Allah! Panasnya badan! Dalam aircond pun panas?

" Abang! Abang! Aleesya demam! ".

Untungnya memang letak termometer di tepi katil. Untuk masa-masa macam ni la. Hurmmmm... 39.4 C. Apa lagi... Lega la sebab ada ubat bontot. Ini kali pertama ada ubat bontot di rumah. Minta pada doktor masa Aleesya demam panas dulu. Jam 3.30 am, suhu dah drop jadi 38.8 C. Lega sikit sebab suhu dah turun. Tampalkan cool fever dan kuatkan lagi aircond.

Jam 4 am, tak check pula suhu. Tapi... Tak rasa bahang lagi. Aleesya masih menyusu dari tadi. Moga cepat sembuh.

Jam 7.30 am, Aleesya bangun dengan muka ceria. Sibuk mencari abangnya.

" Abak! Abak! Abak! ". Kadang-kadang abang menyorok di bawah selimut. Tapi tiada. Abang dah pergi sekolah la sayang. 

Setiap masa, abang yang dia ingat dulu!

Utamakan Keselamatan Lalulintas

Kejadian minggu lepas. Kebetulan papa ada masa dan meeting berdekatan area sekolah Adam. Habis urusan, papa menunggu di tepi sekolah Adam.

Misi papa, hanya nak pastikan dan tengok bagaimana Adam membawa dirinya.

Kring!!!!! Haaa.... waktu balik! Amboi... Kanak-kanak sekolah berpusu-pusu lari. Seolah-olah bebas sahaja lagaknya. Adam tidak kelihatan.

Tiba-tiba, dalam ramai yang berpusu-pusu tu, ada seorang budak berhenti. Brek!!! Pandang kanan, kiri, kanan dan terus berlari menyeberang jalan ke arah bas sekolahnya. Hohoho. Adam!

Masya Allah. Memang Adam mendengar kata. Semua pesanan diikut satu persatu. Banyak pesanan? Ye. Agak banyak. Nanti mama cerita di lain entry ;)

Space Shuttle Di Petrosains

Haaa... siapa pernah naik space shuttle di Petrosains? Angkat tangan! Ok. Mama tak pernah naik. Papa pun tak pernah. Aleesya? Mestilah tak pernah. Tapi Adam dah naik!

Plannya macam ni. Adam naik space shuttle dengan papa. Tapi, Huzaifah pun tiba-tiba nak naik. Seat kosong hanya ada dua!

So, Adam naik bersama Huzaifah.


Hohoho. Risau juga mama. Boleh ke Huzaifah tolong tengok-tengokkan Adam? Jarak umur 3 tahun. Tapi... boleh ke tolong mama jaga Adam.

Inilah space shuttle nya.



Nampak macam tak ada apa-apakan? Tapi, saksikan video di bawah. Huuu... video 3 saat je kot. Bateri phone habis pula.



Huishhh... bergoyang kuat tau. Dalam video tu intro je. Hati mama dah tak keruan. Menangiskah Adam? Menjerit ke di dalam tu? Huzaifah peluk tak Adam kalau Adam takut? Memang hati mama gelisah!

Akhirnya berhenti, dan Adam melangkah keluar dengan Huzaifah.


Tau apa komen dua budak ni? " Seronok kan? Lain kali boleh naik lagi? ". Waduhhhh... yang melihat dari luar ni, rasa nak luruh jantung :p

Bila Abang Buat Homework

Inilah masalah setiap hari. Abang buka sahaja beg dan keluarkan buku untuk buat homework, adik pun dah kalut. Kalut apa? Kalut la nak pandai juga.

Aishhh... takkan nak biarkan abang pandai sorang-sorang!

Bagi kertas, pen atau pensil. Haaa... adik akan menconteng la!


Hihihihi. Nampak gambar kepala cat kat situ. Sebab, Aleesya sukakan kucing!

Amboi! Muncung pun ke depan bila menconteng! Satu je yang geram ni... menconteng, memegang... makan tangan kiri. Puas la membetulkan. Bila kita tak sedar, Aleesya akan tetap guna tangan kiri.


Harap-harap, Aleesya akan lebih ke kanan. Hihihi. Owh... meja study abang Adam, macam dah berlaku rampasan kuasa. Nanti kita beli kerusi comel lagi satu ye. 

Rumah ni... nak meja study, untuk saiz baby pun ada. Kikiki. Orang anak sorang, semua lengkap. Tapi satu je la. Bila ada adik, adik nak berjemaah. Nak sama dengan abang. Jadi... nanti kita beli la lagi satu kerusi yang sesuai untuk dua-dua ye. Boleh la berjemaah berdua!

Si Kecik Pun Nak Cantik

Amboi anak dara mama. Bukan main dia ni. Nak exercise la tu. Kemain lagi berlari capai tiang ni. Aleesya cuba nak bergayut. Nak tambah tinggi ke sayang?


Dua tiga hari ni, Aleesya kurang makan. Makan biskut aje kerjanya. 

Yang paling kelakar, sehari ada la dua, tiga kali dia berdiri di atas penimbang. Siap tekan-tekan lagi tu. Nak tau berapa banyak lemak dalam badan ke? Kikiki.

Memang sakan si comel ni tau. Over! 

Sesi bermain dua beradik ni, kurang la gambar nak dikongsi. Maklumlah... first time bawa Aleesya ke playground. Nak kena monitor sungguh-sungguh kerana tiada assistance. Assistance kecil sibuk main basikal :)

Bersandar Kekenyangan

Alahai dua beradik... makan sampai kenyang. Dah kenyang... tersandar. Adam kekenyangan, Aleesya juga!

Selepas Adam menyandar, ehhhh.... si adik pun follow nak menyandar. Itulah beza orang ada abang. Apa abang buat, adik mesti nak ikut!


Adam dulu, suka sangat bawa keluar makan-makan. Behave! Elok je dia makan. Kiri kanan orang memandang. Sebab? Budak kecil makan elok-elok dalam pinggan menggunakan sudu. Wahhh... memang penuh adab sopan tau Adam makan.

Haaaa... Aleesya pula? Hihihi. Aleesya kan legend. Memang kiri kanan orang akan pandang. Kenapa? Sebab tisu akan bersepah di lantai, sudu akan jatuh ke bawah berkali-kali. Tapi... orang yang rajin memasak, akan tetap rajin bawa anak-anak keluar makan :)

Kali ini, Aleesya makan sampai kenyang, dan kurang mengganggu. Cuma orang lalu lalang akan berhenti. Kenapa? Aleesya yang peramah ni rajin menegur. Cuma, apabila ada orang yang over peramah pula, Aleesya akan tersenyum malu. Kikiki.


Mama pun dapat makan dengan tenang bila anak-anak dah kenyang :)


Yang mana akhirnya, mama juga kekenyangan! Kikiki. 

Hari Ketiga Darjah Satu

Selepas melalui hari pertama darjah satu yang panjang, hari kedua yang medium panjang, hari ketiga cukup pendek. 

Mama ke sekolah kebangsaan time rehat. Jalan jem, dan mama sampai semasa Adam tengah makan. Adoi! Macam mana nak menyorok ni.

Sambil terhendap-hendap di kantin mencari Adam, tiba-tiba ternampak ada tangan yang melambai. Adam!

Adam sedang makan bersama kawannya. Kali ini dengan Qayyim. Muiz tak datang sekolah katanya.



Soalan pertama dari mulut Adam, " Kenapa mama datang? Kan kata dua hari je nak tengok Adam ".

" Mama datang kejap aje ".



Adam makan bekal yang disediakan. 4 ketul chicken wrap, dimakan dua ketul. Habis makan, ehhh... dia tinggal je mama.



Masa dah habis katanya. Nak pergi beratur. Adam berlari-lari dan mama pun balik.


Tamat hari ketiga persekolahan Adam!

Aleesya Memang Legend

Kisah pendek balik taska. Ahaaa... ada present untuk Adam dan Aleesya. Haaa... untuk Aleesya adalah permainan masak-masak. Hohoho. Banyak dah koleksi peralatan memasak Aleesya. Kikiki.

Sambil belek toys dia, sambil makan fries! Aduhhh... susah nak kawal bila ada abang ni. Adm dulu, umur 3 tahun baru mama bagi minum milo. Memang jaga la pemakanan Adam.



Tapi... ingat adik nak ke seketul fries tu? Tak ada maknanya! Meh sini bekas fries. Biar adik yang pegang.


Adik owhhh adik! You are legend la adik!

Aleesya Pun Suka Lego

Adam memang sukakan lego. Asal keluar, pasti ada koleksi baru. Apabila abang keluar mencari set lego, si adik sibuk bermain juga!

Nampak kusyuk kan? Amboi... sambil main, ramah-tamah je nak menegur abang kakak yang main bersama.



Dalam banyak-banyak, lego friends la yang tak ada dalam collection Adam. Ye la... girly kan. Tapi... Adam suka la offer nak beli untuk Aleesya. Kikiki.

Jawapan mama, share dulu lego Adam. Lain la bila adik dah besar, adik request nak lego friends. 

Sesekali berangan nak buat meja macam ni. Mesti cantik kan? 



Kebaikan main lego, meh la baca kat sini. Ermmm... walaupun bukan tempat pertama, Adam pernah menang contest pasang mainan ala-ala lego! Untung la dapat toys free :)

Hari Kedua Darjah Satu

Hari kedua persekolahan Adam, mama dah masuk kerja semula. Tapi, papa ada! Ada but invisible.

Paginya, papa hantar Adam ke sekolah. Waktu rehat, papa menunggu di sudut kantin. Menyorok sikit. Nampak Adam berjalan masuk ke kantin bersama bekalan makanan dan minuman. Apa bekalan Adam pada hari ini? 4 ketul drummet dan vitagen :)

Adam duduk dan makan. 


Kemudian, Taraaa!! Papa munculkan diri sekejap.


Haaa... walaupun berbekalkan sebotol air mineral dan air vitagen, Adam tetap nak membeli air. Kikiki.



Waktu ini, papa berada di belakang penjual air. Berborak. Sempat la mendengar Adam mengajuk si penjual air. " Satu seringgit! Satu seringgit! ". Punya kuat suara Adam. Makcik penjual air pun gelak sama!

Amboi... kemain happy lagi!

Tamat persekolahan sekolah kebangsaan, papa masih menjadi spy. Nampak Adam di bawah pokok di tepi bas. Risau juga kalau Adam salah naik bas.

Tak lama kemudian, Adam naik bas dengan kawan-kawan. 

A : " Adam! Adam! ". 
Adam : " Nantilah. Adam nak cakap dengan cik Mah ni ".
Cik Mah... ni Adam ni. Adam dah naik bas cik Mah ".

Haaa... kau! Memang mengikut pesanan betul! Adam duduk dan... keluarkan kipas. Kikiki. Bas cik Mah tak ada aircond. Mama bekalkan kipas tangan. Berebut budak-budak nak pinjam!

Spy menunggu di transit pula. Tepat jam 2 Adam keluar naik bas lagi. Sampai sekolah agama dengan selamat, dan spy balik rumah dahulu.

Petangnya, spy mama datang lagi. Kali ini parking jauh dan menyorok untuk tengok Adam melintas jalan. Adam selamat menaiki bas dan papa menunggu di transit. 

Settle hari kedua persekolahan.

Aleesya 16 Bulan

Pejam celik, pejam celik, Aleesya dah 16 bulan aka 1 tahun 4 bulan. Wahhh... macam baru je mengandung... macam baru je cium baby Adam, rupanya Adam dah masuk darjah 1 dan Aleesya pun dah besar!


Tengok anak dara ni, bukan main lagi dia. Aleesya ni suka selfie tau. Kadang-kadang ambil video sendiri. Tapi video Aleesya ambil, belum masuk kategori boleh release dalan blog. Kikiki. Kadang masuk muka dia, kadang hilang.


Apa anak dara ni suka buat ye? Aleesya masih suka menyanyi dan menari, masih suka kiss abang Adam, suka terlentok-liuk buat muka comel, suka pakai cantik-cantik, tak kisah mama nak ikat rambut dia.

Perkataan yang boleh disebutnya dah bertambah banyak. Alhamdulillah! Paling suka sekarang adalah makan sendiri. Hohoho. Tak tau la nak gelak ke nak ketawa. Eh... sama je kan? Kecah dan bersepah. Makannya tak banyak, sepahnya tak teruk. Tapi!!! Tapi, sudah makan, Aleesya suka telangkupkan pinggannya. Hoooo... memang bersepah! Tapi, practice makes perfect kan. Sebab tu biarkan Aleesya makan sendiri sambil disuap sekali-sekala.

Hari Pertama Darjah Satu

Hari pertama persekolahan, Adam ditemani mama dan papa. Kami sentiasa ada di sekolah. Memandangkan kami perlu train Adam supaya biasa dengan persekitaran baru, dari hari pertama Adam terpaksa berdikari.

Paginya, Adam di hantar ke sekolah kebangsaan. Ada perhimpunan pagi dan taklimat untuk ibubapa. Anak-anak masuk ke kelas pada jam hampir 9 pagi. 

Mama dan papa punya la skema. Dah cikgu kata tunggu di kantin, kami duduk di kantin la. Merasa makanan di kantin. Bila ke toilet, makkkk aiii... ramainya parents bersidai di tepi kelas! Kikiki. Maka, dapatlah kami ambil gambar Adam :)



Waktu rehat, Adam ke kantin dengan bekal air dan wallet. Hohoho! Lain kali nak update pasal his first wallet.

Adam beratur membeli makanan. Hurmm... apa agaknya pilihan Adam? Mini pizza. RM1.50 sekeping. Sudah makan, Adam beli air vitagen 2. Total belanja : Rm3.50.

Owh... Adam makan seorang ditemani mama dan papa. Selesai makan, terdengar suara budak memanggil. " Adam! Adam! ". Rupanya Qayyim, kawan Adam dari tadika. Hurm.... dah jumpa kawan, kira selesai la tugas mama dan papa.

Sempat mama dan papa keluar membeli barang-barang dapur di dalam masa sejam. Kikiki. Cari tupperware yang ada tangkai untuk bekalan Adam. Malangnya tak jumpa.

Selesai membeli, kembali semula ke sekolah kebangsaan. Mama dah call driver bas pada paginya. Berjanji nak jumpa pada waktu tengahari : bayar tambang dan perkenalkan Adam.

Sebelum tamat waktu persekolahan, mama jemput Adam dan tunjukkan bas sekolah yang perlu Adam naik. Adam diperkenalkan kepada driver bas, Cik Mah.

Adam menaiki bas ke transit. Transit di tadika lama. Mudah!

Kami ikut dari belakang dengan kereta. Tepat pukul 2, Adam keluar untuk menaiki bas ke sekolah agama pula. Sempat interview Adam. 

" Makan apa? ".

" Nasi dengan sup ikan ".

" Sedap? ".

" Sedap ".

Adam naik bas. Mama dan papa menunggu di sekolah agama pula. Sekali lagi, ada taklimat. 


Rehat kul 4. Kami lunch dulu di kantin sementara tunggu Adam. Adam ke kantin bersama kawan sekelas. 


Muiz namanya. Beli nugget dan vitagen. Sekolah agama pun habis RM3. Duit masih berbaki. Kot-kot ada apa teringin nak makan pula!

Baliknya, Adam naik bas ke transit. Kami follow belakang dan ambil Adam di transit.

Adam ada kawan-kawan di sekolah. Insya Allah, anak mama selamat di sekolah. Yang dirisaukan adalah turun naik bas sekolah!

Fuhhh!!! Panjangnya hari pertama persekolahan! Tunggu hari kedua dan ketiga pula :)