Si Manis Berikat Dua

Dah lama tak jamu gambar anak-anak comel kan? Hari ni, datang mood lebih sikit. Kesian anak-anak manja, mama jarang update blog. Takut hilang kenangan di telan zaman. Hihihi.

Princess comel mama kurang gemar duduk di atas stroller. Lebih seronok duduk di dalam troli atau di dukung sahaja. Tapi, kami memang akan membawa stroller. Just in case baby nak tidur. Lebih selesa daripada di dukung.

Al-kisahnya, kini stroller ni dikongsi dengan Adam. Hari yang penat, berjalan dari pagi, dan Adam yang keletihan. Papa offer Adam duduk di dalam stroller. Mulanya, Adam tak nak la. Malu! Dah besar!

Kami yakinkan Adam, tak salah duduk di atas stroller. Dan... hihihi... Adam duduk di atas stroller setelah bertahun-tahun ditinggalkan ;p

Si princess comel ni pula, mama pun dah tak larat nak dukung. Wahhh!!! Bukan main happy di atas pangkuan abang. 






Rilex la sedikit mama ;)

Gambar yang ni mama suka! Cuma sayang sebab muka abang tertutup!





Berbaloi-baloi beli stroller ni. Bertahun berjasa. Dari Adam sampai Aleesya. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. sukanya tgok adam n aleesya dalam stroller..manis berikat dua si aleesya..rambut pun lebat

    ReplyDelete
  2. Asyraaf smpai umur 6 thn duduk dlm stroller dgn adiknya...biarla x muat pun hehe

    ReplyDelete