Aleesya Pada Usia 14 Bulan

Princess comel kami telah genap 14 bulan. Horay!!! Semakin bijak dan banyak akal. Telatah Aleesya memang mencuit hati. Benarlah, walau seibu sebapa, lain anak, lain karektor dan perwatakannya.

Dah pandai apa pada usia 14 bulan? Hurm... Masih belum berjalan dan bercakap.

Tapi, akal sudah panjang. Sudah semakin cerdik dan lasak. Berbeza dengan karektor Adam yang sangat mengikut cakap, di suruh duduk, Adam duduk. Di suruh berdiri, Adam berdiri.

Princess comel ada keinginan sendiri. Lasak memanjat ke sana ke sini. Bangga dengan apa yang dia dapat buat. Nampak sangat Aleesya puas apabila dapat memanjat etc.

Di meja makan, Aleesya suka berdiri dan memanjat high chair nya. Sesuatu yang Adam tak pernah buat. Berbeza sungguh character. Rasa nak gelak, rasa kelakar, rasa gembira bila tengok Aleesya tersenyum bangga dengan pencapaiannya :)

Si comel yang genit ni, nampak gaya makin bulat. Makan semuanya sedap. Hihihi. Pantang nampak makanan :)

4 comments:

  1. eii tomei aleesya.. geram. nak cubit pipi sikit.

    ReplyDelete
  2. 14 bulan tak leh berjalan tu normal ke D:? anak cik iman yang 4 bulan tak meniarap lagi dah risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal je tak bley berjalan 14 bulan.ada budak yg lambat..cer awk google cik iman//:)

      Delete
  3. kiranya aleesy jenis berani n tak makan saman la..lebih kurang perangai afia..aiman jenis takut tinggi..

    mana pic aleesya 14bulan?nk tgok tembamnya tu..afia dh makin slim

    ReplyDelete