Breakfast Hari Minggu

Hari kerja ke hari minggu ke, mata celik pada waktu yang sama. Bezanya, hari kerja kena bergegas menyiapkan itu dan ini. Hari minggu, boleh berangan-angan dulu sebelum bangkit. 

Tapi hari ini, Adam pun bangun awal. Hurmmm... Aleesya baru sahaja melelapkan mata setelah kenyang. Maksudnya, lambat lagilah Aleesya akan bangun. 

Terfikir apa nak makan. Hihihi. Jangan tanya kenapa awal sangat nak memasak di hari minggu. Awal pagi maksudnya, si manja belum bangun. Kalau si manja tu dah bangun, alamatnya... lambat la nak bersarapan. Silap-silap, kejut sahaja papa dan ajak breakfast di luar.

Lagipun... co chef dah bangun. Hahahahha. Menu pagi ini, nasi goreng daging. Dimakan dengan sambal cili dan keropok goreng. Halia , bawang merah dan bawang putih untuk perap daging Adam tumbuk. Untuk menumis nasi pun, Adam tumbuk. Dah Adam rajin nak menolong kan... kena la support. Kerja Adam : menumbuk, menumis dan tolong kacau-kacau. Masa masukkan lauk boleh la Adam tolong kacaukan. Tapi, bila dah dimasukkan nasi, mama kasi Adam tolong sikit-sikit je. Takut tumpah.

Masa nak menggoreng keropok, Adam tak tolong la. Minyak banyak. Bahaya. Hihihi.

Hasilnya, jam 7 pagi kami siap mandi dan breakfast. Adam? Of course bangga dengan masakannya!

2 comments:

  1. Wah..nak cubalah juga perap daging dengan halia..mesti sedap tu kan.

    ReplyDelete
  2. Untungnya ada anak lelaki rajin membantu di dapur ni. Salute kat Adam yang rajin tolong mamanya ^_^

    ReplyDelete