Tukang Kemas Baru


Rumah kami officially dah ada tukang kemas yang baru. Tukang kemas ni comel tau. Umur genap 13 bulan! Gigi baru tumbuh dua batang. Merangkak sangat laju. Meniti-niti pun boleh. Berjalan je yang tak boleh! 


Pantang mainannya dikemas, time itulah sibuk nak main. Ruang tamu yang biasanya kosong, penuh dengan permainan. Dah namanya budak, tak kan tak bermain pula!


Haaaa... itu kad abang. Elok je Adam susun di rak. Datang Aleesya bak garuda. Semua kad yang tersusun bertaburan di atas lantai! Syok je Aleesya meneraburkan semua kad-kad tu.

Sama jugalah dengan buku. Ada dua tiga buku yang diletakkan di ruang tamu ini. Senang dicapai. Buku-buku tu pun selalu di kacau oleh Aleesya. Pantang nampak benda bersusun, mesti nak dikemaskan semula!

No comments:

Post a Comment