Setiap Kali Keluar Berjalan


Tengok telatah dua beradik. Elok je duduk di dalam troli. Nak harap Aleesya macam Adam, ada juga. Harapkan Aleesya bukan macam Adam pun ada! Dilema!

Apa kesnya? 

Adam sejak dari kecil, tak pernah la nak berlari dekat mall. So, tak pernah ada adegan kejar-mengejar. Yang Adam tau, duduk diam-diam dalam stroller atau pun mama yang dukung kalau tak bawa stroller. Tak pernahnya nak berjalan apatah berlari!

Mama bukan la teringin nak berkejaran di mall, tapi... nak la anak praktis berjalan. Time baru pandai jalan tu... Kan bagus jika banyak berjalan!


Tak tau lagi apa style Aleesya. Nampak gaya, Aleesya memang jenis explore. Aleesya the explorer. Betul la... kalau anak dua orang, ada dua ragam! 

Harap-harap Adam rajin memimpin dan mengejar Aleesya bila Aleesya start berjalan nanti. Macam Adam memimpin dan mengejar Hanif di KLCC.

2 comments:

  1. Haha.. karektor pasti lain2.. tak lama lagi makin terserlah la tu apa yang akan aleesya ni buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... nampak sangat perbezaan karektor!

      Delete