Sembelih Ayam



Hari raya puasa yang lepas, papa belikan Adam 6 ekor anak ayam. Sempat la Adam jaga anak ayam tu seminggu sebelum balik semula ke KL. Ahaaa... hari raya haji ni, memang nak disembelih la ayam-ayam tu.

6 ekor anak ayam, kini tinggal 5 ekor je. Seekor lagi dah mati. Jadi, 5 ekor ayam dara ni la yang disembelih.


Hajatnya, nak biar la Adam pegang... er sentuh hujung kaki ayam ke semasa di sembelih. Nak bagi Adam pengalaman melihat ayam disembelih. Adam tak berani nak pegang. Jadilah dapat duduk di tepi pun. Sekurang-kurangnya, Adam nampak juga bagaimana proses sembelih ayam tu.




Haaa... lepas disembelih, kena la proses pula! 

2 comments: