Semakin Yakin

Adam semakin yakin nak melukis. Yeay! Adam ni, gemar membaca dan mengira. Memang suka. Seronok katanya. Tapi, bab melukis mewarna, jarang la nak buat. Kalau buat pun, hmmm... macam nak cepat siap je. Tak ada soul. Hihihi.

Kata Adam, bukan dia tak suka melukis. Tapi, Adam tak pandai melukis. Nak diajar pun, macam awal-awal dah set dalam kepala tak pandai. Jadi, belum belajar dah reject!

Tapi, nampaknya dah ada improvement. Ini lukisan dalam minggu ini. Hari yang berbeza. Mulanya lukisan ini. Mono colour. Hanya warna favourite Adam digunakan : hijau.


Owhhhh... nampak tak watak pelakon tambahan yang comel tu? Aleesya memang kerjanya mengekor Adam. Di mana ad├Ča Adam, ada lah Aleesya kat tepi-tepi. Bergantungan je di mana abang berada.

Kami suruh Adam gunakan warna yang ada. Hasilnya... mestilah lebih cantik.


Dannnn.... ini yang terbaru. Wahhhh cantik!!! Suka dengan gambar obor-obor tu. Comel. Nampak gaya Adam dah konfiden melukis sendiri!


Kenapa happy sangat? Sebabnya, jika nak membaca atau mengira, Adam buat senyap-senyap je. Tau-tau datang suruh semak. Tapi... kalau nak melukis, Adam mesti suruh ajar. Alasan : tak tahu nak melukis. Nak diajar pun, mama tak reti melukis. Cuma boleh suggest sikit-sikit. Tapi semua lukisan ni, Adam lukis sendiri senyap-senyap. So happy! 

2 comments:

  1. bagus..dah semakin yakin,tak lama lagi mesti lagi pandai melukis,watak tambahan tu mmg comell

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega rasa! hasil tu mama tak kisah sangat buat masa ni. Konfiden level tu yang penting!

      Kannnnnn.... Ada je menyelit watak tambahan tu. Senang nak cari. Ada abang, adalah adik!

      Delete