Seharian Di Taman Burung Kuala Lumpur - Part 1


Alhamdulillah, berkesempatan ke Taman Burung Kuala Lumpur. Seronok tau! Tak tipu. Taman di tengah-tengah KL. Untung juga sebenarnya berada di KL, semuanya dekat. Hihihi! Sebenarnya, bukan hanya shopping complex sahaja yang ada di KL tau. Ada banyak taman yang boleh kita explore!


Model tetap my-adam yang sentiasa ceria!


Mula-mula kita tengok site map Taman Burung. 



Luaskan Taman Burung KL ni. Ok, jom start! Di taman burung ini, terdapat lebih kurang 3000 ekor burung di tanah berkeluasan 20.9 ekar ini. Hutan hujan tiruan ini terbahagi kepada 4 zon iaitu :


  • Zon 1 dan 2 : kawasan burung dibiarkan terbang bebas
  • Zon 3 : taman enggang
  • Zon 4 : kawasan khas untuk pembiakan dan pertunjukan burung


Haaa... bila ada kawasan burung dibiarkan bebas, bayangkan gelagat anak bujang mama. Hihihihi. 

No comments:

Post a Comment