Pokok Tumbang



Live! Perjalanan balik dari kampung semalam sangat mengerikan. Hujan lebat. Tapi... nampak depan mata pokok tumbang dan menghempap kereta. Huuuu...

Kereta yang dihempap tu berada selang sebuah sahaja dari kami. Masya Allah! Jalan yang slow terus terhenti. Nasib baik ada hamba Allah yang baik hati. Mengangkat dahan kecil. 

Juga... nasib baik batang pokok yang besar tu tidak menghempap direct ke kereta. Sipi sahaja. Walaupun sipi, kereta tetap kemek. Namun, tiada kecederaan dialami. Batang pokok jatuh ke tepi. Kalau tidak, memang kita akan bergotong-royong mengangkat batang pokok. Tak sanggup duduk di atas jalan raya menunggu laluan boleh dilalui semula.

Terima kasih ye untuk penunggang motorsikal yang baik hati! Semoga Allah merahmati dan memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada insan yang baik hati sepertinya.

2 comments:

  1. fuhh..ngerinya nampak pokok tumbang depan mata..alhamdulillah tak ada kecederaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. memang ngeri bila terjadi di depan mata

      Delete