Permainan Yang Tak Mencapai Target

Beberapa hari lalu Adam berkenalan dengan pecahan. Jadi, sedikit sebanyak Adam tau apa itu pecahan. Alang-alang dah tau, mama rasa elok la diperkukuhkan konsep pemahaman itu.

Jadi, cadangannya adalah kami akan bermain menjual pizza. Preparation adalah : kertas-kertas berwarna yang telah dipotong bulat, pensel dan pembaris.

Ni la persediaannya.



Mulanya, Adam seronok bermain. Mama dan papa akan bergilir-gilir untuk call Adam.

Kring! Kring! Kring! Kring!

" Hello. Kedai pizza. Nak order pizza encik? ".

" Ya. Nak order pizza merah 1/2, pizza kuning 1/4 ".

" Ok ".

Hihihi. Adam lupa nak ambil address customer dia ni. Pizza merah perlu dipotong 1/2 dan pizza kuning perlu dipotong 1/4. Kepingan pizza Adam hantar kepada mama.



Kemudian papa pula yang menjadi customer. Kali ini, Adam masih deliver pizza. Namun, Adam kata bosan sebab Adam tak ada kawan. Patut ada seorang kawan yang jadi co chef. Ok. Mama faham.

Kami main tak lama. Lain kali boleh main lagi, tapi lebih seronok jika boleh tambah bilangan pemain. Tak pun, papa seorang je la customer. Mama jadi co chef.

Walau bagaimanapun, ok la. Order kami hanyalah setakat 1/2, 2/2, 1/4 , 3/4 dan 4/4. Yang syoknya, Adam dapat tangkap juga yang 2/2 = 4/4 = 1 pizza. Sebab tak nak rugi, Adam deliver pizza yang betul. Kalau tidak, kami tak mau bayar.



Insya Allah boleh main lagi bila ada ramai korum. Terfikir nak main dengan wan sekali la! 

No comments:

Post a Comment