Mengembara Di Gambang Safari Park

Dah kata nak cerita pasal Gambang Safari Park kan? So, inilah pengembaraan kami :)


Yang di atas ni adalah tram. Ini bukanlah tram yang kami naik. Hihihi. Mama ambil gambar dari dalam tram juga.

Nampak tak wajah-wajah ceria dua beradik ni? Hohoho. Mahal tau tangan Aleesya tu. Lentik!


Dari satu tram, kami sampai ke sini. Owh... turun tram, kena jalan la sikit. Mendaki...


Mula-mula, kami ke Buffalo Pavilion. Haaaa.... cantik la juga landmark dia ni!


Agak jauh juga la berjalan. Mendaki dan menuruni bukit. Akhirnya, sampai ke satu lagi stesen tram. Kami naik dan dibawa melihat binatang.

Macam-macam binatang ada. Bukan kandang kecil yang mengurung mereka, tapi, BESAR SANGAT! Bila namanya safari, kita bukan tengok dari luar pagar tau. Tram masuk ke dalam sangkar. Pemisah? Hanyalah jerigi tingkap tram. Ada kisah ngeri terjadi - mama letak next entry tau!

Macam-macam binatang ada! Memang seronok. Tapi kami yang keletihan kerana telah seharian bermain air di Gambang Waterpark, terpaksa balik awal. Mood hero mama sudah swing keletihan. Perjalanan balik juga menaiki tram sehingga ke Simba Hill. 

Walaupun tak dapat menyaksikan animal show atau ke education area, pengembaraan kami tetap menyeronokkan. 

Nanti mama sambung di part II untuk kisah ngeri tu tau!

No comments:

Post a Comment