Koleksi Buku Dinasour Adam


Adam sukakan details. Penerangan terperinci. Suka sangat bertanya. Mama tak amalkan menjawab soalan dengan tipu-tipu sunat. Hihihi. Kalau tak tahu, jawab tak tahu dan kami akan google bersama. Hiiii.... bukan jawab tak tahu dan suruh anak diam ;p

Soalan pulak... aiiii memang mencabar. Kadang-kadang dia nak tau benda yang kita tak terfikir nak ambil tahu. Susah!

Banyak sangat soalannya, tanya pakcik google la jawabnya. Kadang-kadang suruh Adam cari di dalam bukunya. Macam cari di dalam kamus pulak!

Buku-buku ini penuh warna-warni, tulisannya tidak lah kecil sangat. Malah, buku di bawah ni, tulisannya agak besar. Kiranya sesuai untuk Adam. 


Buku di bawah ni adalah untuk kanak-kanak. Tulisan besar dan gambar menarik.

Yang ini pula, rasanya bukan untuk kanak-kanak. Tulisan kecil, padat dengan info dan gambar kurang menarik. Yang ini rasanya susah sikit Adam nak baca.


Tapi, walaupun Adam boleh membaca Melayu dan English dengan baik, tetap perlukan sesikit bantuan. Terutamanya English. Boleh sebut dengan betul, tapi kadang-kadang tak tahu pun apa maksudnya. Tak sampai lagi vocab Adam ke tahap tu. 

Nanti Adam dah sekolah, mama belikan kamus yang bagus ye. Jadi, kita boleh cari bersama-sama!

6 comments:

  1. Replies
    1. budak2 memang banyak soal! semua benda nak tanya. kadang tanya soalan sama sampai 10 kali!

      Delete
  2. seronoknya kalo anak minat membaca...ibu kena la sabar layan soalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, setakat memang melayan je :)

      Delete
  3. Replies
    1. benda dia suka. kami galakkan sahaja

      Delete