Kita Check Sapa Yang Betul


Anak zaman sekarang memang berbeza. Jauh bezanya dari zaman mama. Umur 6 tahun pun dah pandai nak google. Kalau dulu masa belum pandai membaca, hanya google youtube untuk dapatkan trick main game. Hihihihi. Sekarang, ada argument sikit, terus nak tanya pakcik google.

Kisahnya macam ni. Main teka-teki di dalam kereta. Burung apa yang paling kecil di dunia? Jawapan mama : humming bird aka burung madu.

Adam tersilap antara humming bird dengan hornbill. Katanya, humming bird tu enggang!

Tak mau percaya cakap mama, dia meng google. Sah-sah keluar gambar burung kecil-kecil. Google hornbill baru keluar si cantik enggang. Ohoooo.... stress! Stress sebab salah. Tak puas hati sebab kata Adam, dia pernah terbaca di mana-mana yang humming bird adalah enggang.

Haaaa... untung la dapat anak yang rajin membaca. Mama pun kena rajin berkawan dengan pakcik google. Maklum sahaja... soalan yang keluar dari mulut Adam sangat mencabar. Harap-harap pakcik google menyalurkan maklumat yang tepat :)

4 comments:

  1. hahahaha.untung budak2 skrg.mak mak pun untung,nk masak apa pon google je.

    #JalanJalanKlikIklan

    ReplyDelete
  2. pandai adam..bagus juga dpt anak pandai membaca ni..kadang2 maam yg blur..tp mujur ada pakcik google..berguna utk mama dan adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kadang2. selalu blur sebab soalan complicated

      Delete