Kisah Ngeri Di Gambang Safari Park


Di sebalik keriangan kami melihat binatang di Gambang Safari Park, terselit satu pengalaman yang agak mengerikan. Situasinya macam ni. Bayangkan anda menaiki tram di dalam kandang harimau. Tiba-tiba, bekalan kuasa terputus dan anda kandas di situ.



Ya! Itu yang berlaku. Setelah habis pusing di dalam kandang harimau, kami di bawa keluar. Semasa melalui double gate, tiba-tiba tram yang kami naiki terhenti. Entah kan rosak, entahkan hilang kuasa. Cemas juga rasanya kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk recover.

Harimau yang pada awalnya berada di atas batu tinggi pun dah melompat turun ke bawah.

Harimau tu datang menghampiri tram. Tram yang penuh bergegar. Budak-budak dah menjerit. Kami duduk paling belakang. Ya Allah... jangan lah berlaku perkara buruk.

Setelah hampir dengan tram, tiba-tiba harimau tu berpusing balik. Lega!!! Leboh melegakan, tram telah recover. Kami segera meninggalkan kandang harimau. Phewww....


Masa cemas tu, ada yang berdoa, ada yang menjerit. Mama hanya mampu menenangkan Adam. Aleesya, of course la belum tau apa-apa. Di dalam hati, tuhan sahaja yang tau betapa lajunya degupan jantung. Hihihi.

1 comment: