Kisah Ayam Dan Helang

Ini adalah karangan ketiga Adam. Dikarang pada hari yang sama selepas karangan kedua dulu. Tapi yang ini lebih mudah dibaca kerana mama hadiahkan Adam liquid paper setelah karangan siap ditulis. Kalau salah, padamkan sahaja. Pening nak membaca karangan yang bila salah dipangkah-pangkah. Maklumlah tulisan budak 6 tahun ni.

Inilah karangannya.



Ceritanya begini :

Pada suatu hari ada seekor ayam. Dia pun pergilah ke tanah untuk mencari makanan. Lepas tu ada seekor helang. Dia pun bawa ayam ke sarang. Lepas tu helang makan ayam. 

Keesokan harinya adik ayam pun berkata, " Ayah, kenapa abang tak balik-balik? ". 

" Ayah pun tak tau la dik. Tak pa biar mama tengok eh ".

" Mana anak aku nih ".

Lepas tu, ayam pun terjumpa seekor helang. Mak ayam pun berkata, " Oh helang makan anak aku. Helang!!!! ".

Hihihi. Karangan Adam tak ada tanda baca. Mula-mula je ada noktah. Lepas tu, hilang dah semua noktah. 

Good job Adam. Harap-harap, ada lagi la cerita daripada Adam selepas ini :)

No comments:

Post a Comment