Ke Kawasan Sawah Padi


Ramainya.... nak ke mana tu? Haaa... ini Adam dan rombongannya. Nak ke mana? Nak ke padang dan sawah padi! Wahhhh! Meh kita intai pengalaman mereka.


Kenapa nak ke sawah? Haaaa... ini termasuk di dalam agenda balik ke kampung. Memang ada dalam senarai aktiviti. Tujuannya untuk melihat pokok padi dan menangkap anak ikan di tali air. Adam balik kampung dengan peralatan lengkap tau! Macam aktiviti menangkap belalang dan menangkap pepatung, Adam dah prepare sauk supaya senang nak menangkap serangga tu.


Al-malangnya, tali air kering pula. Tak dapat la Adam nak menangkap anak ikan. Usahkan menangkap, nak tengok pun tak dapat. Bukan rezeki Adam la nampaknya.

Tapi, pengembaraan Adam tetap menyeronokkan. Nampak wajah-wajah gembira tu?


Next entry kita cerita pengembaraan ke sawah ok!

No comments:

Post a Comment