Jom Bersantai Menikmati Alam Semulajadi

Sesekali berseronok di taman seronok juga. Cuma kami datang sekejap sahaja. Tak sempat pun untuk Adam main di playground. Intai-intai dan beri ikan makan, kemudian kami ke destinasi seterusnya. 




Cantikkan pemandangan di sini? Subhanallah. Memang tenang dan damai. Nampak reflection pada air!

Kalau dulu-dulu, ke sini untuk jogging, atau bawa Adam main di taman. Paling tak, berbasikal di sini. Kononnya tunggu Aleesya besar sikit baru nak di bawa Aleesya ke mari. Padahal, anak dah setahun. Kiranya, dah boleh la kan! 




Adam buat apa di sini? Menikmati pemandangan indah dan beri ikan makan! Wahhh!!! 



Apa dalam tupperware tu? Nasi lemak ayam. Mama dan papa dah makan di rumah. Kami ke tasik untuk pujuk Aleesya makan. Aleesya tak lalu makan akibat demam. Terus Adam pun nak breakfast di tasik.

2 comments:

  1. Kat taman mana ni? Tadi kami nk ke taman tasik cyberjaya, sampai je hujan lebat.. alahai, naim menangisla tak dapat naik basikal kat taman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini di ampang hilir :)

      ala siannya naim.... hujan lebat, apa pun tak boleh!

      kami datang sekejap je. memang sekadar nak suapkan nasi aleesya. dah aleesya tak nak makan, terus ke tempat lain

      Delete