Beri Ikan Makan Di Tasik


Cuaca panas tidak mengizinkan kami untuk bersantai naik bot. Risau takut Aleesya demam pula. Nasib baik Adam boleh berkompromi. Beli roti panjang di giant dan sedekahkan kepada ikan di tasik.



Sementara menunggu roti, Adam dan Hanif menjamu mata melihat orang sekeliling memberi ikan makan.



Sampai sahaja roti, Adam mencapai dan memulakan projek. Masya Allah. Sekelip mata sahaja roti-roti tu habis dimakan ikan.



" Adam ingat air gelap. Adam baling roti, rupa-rupanya ikan keli! Kejap je habis roti Adam ".

Macam tu la mula-mulanya. Ada pelbagai ikan di sini. Yang sempat di lihat mata kasar adalah ikan keli, kap dan talapia. Besar-besar saiznya!




Nampak gayanya, seronok! Lain kali nak datang lagi. Beli roti sebeban dan kalau cuaca baik, kita round tasik dengan bot :)

Tempat : Mines :)

No comments:

Post a Comment