Apa Melekat Pada Kaki Adik

Gelagat Aleesya semasa bermain dengan sticker Adam. Amboi!!! Senyap-senyap dia buat projek. Bukan ke tadi dia sedang bergantungan dekat Adam. Bila masanya mencapai sticker tu?

Keluarkan sticker tu. Dah namanya pun sticker kan... memang melekat-lekat la!


Haaaa.... mulut yang senyap dah mula berbunyi tu!


Inilah sticker dari buku Adam. Macam dah bertukar hak milik?


Kisahnya, mulut Aleesya riuh sebab sticker tu melekat-lekat pada kaki dan tangannya. Budak kecil cuba menanggalkan sticker yang melekat tu la. Banyak kali di cuba, tak berjaya. Akhirnya berbunyi-bunyi, kot-kot ada yang simpati nak tolong tanggalkan.

Mama tolong? Tak. Ahaaa!

Seronok pula tengok gelagat Aleesya. Dia bukan menangis pun. Tapi, macam panggil minta tolong. Untung la ada Adam. Adam yang tolong tanggalkan sticker tu dari kaki dan tangan Aleesya.



Esoknya, jumpa ni pada bantal tempat kami landing menonton tv. Comel pulak! Pasti kerja Aleesya!

Lepas ni, nak beli sticker untuk Aleesya main! Haaaa!

1 comment: