Ada kelas kah Haiwan Ni?

Adam sukakan details. Kalau nak tau tentang sesuatu, semua nak dikoreknya. Selagi tak puas hati, selagi itulah akan bertanya. Jawapan? Kena la jawab betul-betul. Kalau reka, mama bimbang jawapan tu di store di dalan otak dan fakta salah la yang Adam sangka betul. Dengan erti kata lain, macam kena tipu :p

Kalau tak tahu? Mengaku aje. Dan tanya pakcik google. Pakcik google ni pun, kena pilih betul-betul. Takut pakcik google kasi info salah :p

Adam pernah google pasal amfibia. Ciri-ciri haiwan amfibia. Alhamdulillah. Lekat di otak dan hati. Hihihi. 

Hari ini, kita main pasal haiwan. Permainan ringkas yang tak mengambil masa yang lama. Insya Allah anak teruja!

Mama minta Adam tuliskan di kertas berwarna : mamalia, amfibia, reptilia dan serangga.

Kemudian, letakkan permainan haiwan Adam ke atas kertas-kertas yang telah ditulis tadi. Letak di kelas yang betul ya.

Ini adalah keputusan awal.



Kemudian, apabila Adam kata telah selesai, kami check bersama. Betulkah pengkelasan tu? Cara semak? Mama tanya ciri-ciri haiwan mamalia pada Adam. 

" Mamalia dia beranak dan darah panas ".

" Dinasour? ".

" Alamak. Dinasour bertelur. Macam reptilia je. Mama tolong google ".

Hasil google, terbuktilah dinasour tu reptilia. 

So, Adam alihkan dinasour dari petak mamalia. 

Hasil akhir : markah penuh!

Mamalia yang beranak dan berdarah panas.



Reptilia yang bertelur dan kulit keras.


Insect!


Amfibia yang dua alam.


Nampak tak... paling banyak adalah dinasour. Atau reptilia. Ular pun banyak. Sampai tak muat kertas. Adam ada banyak koleksi dinasour dan ular!

Yang penting di sini adalah proses pebelajaran tu. Betul atau salah tu perkara no. 2.


Bangun dari tidur nampak ada kiraan. Hihihi. Adam la yang buat ni :)

2 comments:

  1. Interactive learning applied here. Bagus ni. Kombinasi kognitif dan emosi.. menarik pada masa yang sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dicuba kan!

      adam excited sorting ni!

      Delete