Cubaan Berdiri 123

Aleesya mencuba berdiri! Yeayyyy!!! Ahaaa... macam dah lama sangat Aleesya asyik meniti-niti sahaja. Memanjat dan terjun! Tapi, belum berdiri sendiri. Mungkin tak konfiden lagi. Mama pun tak ada nak melatih Aleesya bertatih. Di rumah, Aleesya main toys. Ke sana ke sini, merangkak aje la.

Walker? Tidak. Kenapa? Saja. Untuk Adam dulu dipakaikan walker. Tapi untuk Aleesya, tak apalah. Bebaslah bergerak ke sana ke sini ye baby. Cuma, penat la sikit nak mengutipnya. Hihihi.

Hoorayyyyy! Aleesya cuba untuk berdiri sendiri. Hihihi. 123. Jatuh. Yeay! Aleesya dah berani untuk berdiri. Nampak gaya, lepas ni kita exercise la. Meh la mama tatihkan adik. Nak dibelikan prewalker toys time ni, macam dah terlambat. Tak taulah kalau mama berubah fikiran! Ahaaaa! Rasanya tidak. Kita buat manual ye. Exercise adik dan mama sekali.

Adam tidur awal kerana keletihan akibat alergi dan bengkak mata. Jadi, Adam belum lagi tengok Aleesya yang beria-ia mencuba. Mesti Adam happy!

Semakin Yakin

Adam semakin yakin nak melukis. Yeay! Adam ni, gemar membaca dan mengira. Memang suka. Seronok katanya. Tapi, bab melukis mewarna, jarang la nak buat. Kalau buat pun, hmmm... macam nak cepat siap je. Tak ada soul. Hihihi.

Kata Adam, bukan dia tak suka melukis. Tapi, Adam tak pandai melukis. Nak diajar pun, macam awal-awal dah set dalam kepala tak pandai. Jadi, belum belajar dah reject!

Tapi, nampaknya dah ada improvement. Ini lukisan dalam minggu ini. Hari yang berbeza. Mulanya lukisan ini. Mono colour. Hanya warna favourite Adam digunakan : hijau.


Owhhhh... nampak tak watak pelakon tambahan yang comel tu? Aleesya memang kerjanya mengekor Adam. Di mana ad├Ča Adam, ada lah Aleesya kat tepi-tepi. Bergantungan je di mana abang berada.

Kami suruh Adam gunakan warna yang ada. Hasilnya... mestilah lebih cantik.


Dannnn.... ini yang terbaru. Wahhhh cantik!!! Suka dengan gambar obor-obor tu. Comel. Nampak gaya Adam dah konfiden melukis sendiri!


Kenapa happy sangat? Sebabnya, jika nak membaca atau mengira, Adam buat senyap-senyap je. Tau-tau datang suruh semak. Tapi... kalau nak melukis, Adam mesti suruh ajar. Alasan : tak tahu nak melukis. Nak diajar pun, mama tak reti melukis. Cuma boleh suggest sikit-sikit. Tapi semua lukisan ni, Adam lukis sendiri senyap-senyap. So happy! 

Adam Yang Rajin Mengemas

Adam rajin mengemas. Adam kemas barang sendiri. Semasa bermain, semua dipunggah. Selesai main, dikemas dan disusun semula. Senang! Sejak ada adik kecil ni, barang permainan bersepah-sepah. Aleesya main dan sepahkan. Tentunya tak reti kemas balik. Ngeee~~~

Selagi Aleesya tak tidur, cubalah kemaskan permainan dia. Aleesya akan sepahkan kembali. Rasanya normal la macam ni. Selalu juga minta tolong Adam kemaskan. Selalu jugalah Adam surrender. Penat katanya. Nanti Aleesya sepahkan balik.

Nak pujuk Adam, mama ceritakan masa Adam kecil dulu. Adam pun sama. Sepahkan barang permainan. Masa baby, Adam pun tak pandai kemaskan barang sendiri. Setiap kali dikemas, tiap kali itulah disepahkan kembali. Tapi mama kemas juga untuk ajar Adam. Lama-lama Adam dah terbiasa. Adam kemas semua permainan selesai bermain.

Sama juga apabila kami membuat aktiviti craft. Rumah akan ada potongan cebisan kertas, ada gam dan macam-macam lagi. Tapi, selesai beraktiviti, semuanya kembali normal. Tq Adam. Lega rasanya.

Harap-harap Adam boleh tolong mama. Kita sama-sama train Aleesya supaya kemas sendiri permainan selepas bermain. Kalau tidak, memang penuh la di atas carpet dengan taburan permainan Aleesya. Itu belum masuk buku atau kad yang bertaburan di atas lantai apabila Aleesya mula mengemas.

Pstttt... Adam dah boleh diharap untuk mengvacum. Bersih tau Adam buat. Dan... dah 3 hari, Adam tolong mama menyapu ;p Yeayyyyy!!!

Satu Geng Besar Bersama



Zaman budak-budak. Macam baby juga. Happy. Siang malam gembira je. Bila moody sikit, mungkin la tak sihat.

Kalau seorang pun bermain, bayangkan bila ada berdua. Walau beza umur agak jauh, tetap boleh bermain bersama dengan gembira. Itu yang jarak umur jauh. Bayangkan pula jika ada satu geng yang lebih kurang sebaya. Kalau tak sebaya pada umur, sebaya pada saiz badan :p

Huiiii... berganda la keriuhan dan kegembiraannya!




Nampak budak-budak ni? Dekat halaman rumah boleh main bola. Seronok! Teringat masa diorang kecil. Tok ma haramkan bola. Punya kreatif nak main bola, mereka gumpal surat khabar banyak-banyak dan bentukkan bulat. Daripada tak ada langsung, dapat main bola kertas pun jadi lah!

Amboi Adik Mengunyah Sticker!

Benda yang sentiasa ada di rumah ni adalah stok kertas, felt dan foam yang berwarna-warni, sand art dan sticker! Ini benda yang basic wajib ada di rumah. Sebab, ini benda yang Adam suka. Banyak rasanya entri pasal sand art dan sticker di dalam blog ;)

Adam ada buku sticker sendiri. Selain menampal di buku stickernya, Adam tak ada la menempek sticker di mana-mana. Tidak sejak ecil hinggalah ke usia 6 tahun! Umur 6 tahun baru teringin nak tampal di tempat selain buku.

Hari tu, Adam tampal di kerusi favourite Adam dan Aleesya. Kerusi biru yang menjadi rebutan. Kerusi ni jugalah yang Adam angkut ke dapur apabila nak jadi chef. 



Terbaru, di almari hiasan. Wooooooo~~~~ Nasib baik lah sticker ni jenis yang gemuk-gemuk senang tanggal. Sticker yang gliter tu. Fuhhhh... kuis sikit je dah tanggal dah. Selamat almari.

Tapi... ada masalah baru. Nampak Aleesya menempel di situ. Aiii... ada port baru ke? Wahhhh... rupa-rupanya si adik mengumpil sticker untuk dikunyah! Baru je tadi di kemas di sapu rumah ni. Rasa tiada apa yang boleh dikutip di atas lantai. Rupanya, dia tarik sticker-sticker abang dan kunyah.

Hmmm... kena tanggal la sticker tu. 

Maharaja Lawak Yang Baru

Dulu, Adam gelarkan dirinya Maharaja Lawak. Kenapa? Adam ni periang dan suka buat lawak. Tengok sahaja gambar-gambar Adam dalam blog ni. Kalau Adam ready, memang suka buat muka yang bukan-bukan!

Sekarang, dah ada penyandang baru. Aleesya si baby! Nama je baby, tapi, nampak gaya lebih ceria dan lebih kelakar lagi! Pantang ada peluang, aiii... ada sahaja gelagat yang mencuit hati.

Aleesya akan ulang apa yang dia buat, jika dia rasa kami tak nampak. Dia sengaja menunggu gelak tawa pecah, dan gelak bersama. Wahhh... cuba gabung abang dan adik, ceria rumah!

Seronoknya bila ada anak kecil ni. Berbaloi-baloi dengan masa, tenaga dan wang yang dilaburkan. Hilang la kejap segala penat dengan telatah anak yang menghiburkan!

Topi Baru

Lama tak menggunting-gunting. Hari tu, terpegang gunting. Ohoooo... statement terpegang! Aishhh... nampak kekok je Adam menggunting. Kekok! Macam tak biasa menggunting je!

Apabila Adam menggunting bulatan, owhhhh... bersegi-segi! Tak smooth!

Ehhhh... kena praktis lebih la macam ni. Mama tak prepare apa-apa untuk Adam. Nak menggunting kosong, macam bosan pula. Masuk stor, haaa... ada paper plate. Tapi yang fancy dah habis. Ada yang medium size, plain. Memang bukan saiz kepala Adam ni. Adik boleh la.

" Adam nak tak buat topi macam Adam buat dulu? ".

" Nak! Nak ".

Ok. Adam ikut je arahan mama. Melipat-lipat dan menggunting lurus. Untuk hiasan, terpulang kepada Adam untuk menggunakan warna pensel, air, crayon atau magic. Adam pilih magic.

Inilah prosesnya.



Hasil akhir, di atas kepala Aleesya. Haaa... bersepah mainan dan buku dikerjakan Aleesya. Nak kena train Aleesya mengemas ni!



Happy nya Aleesya menggayakan topi abang buat! Terkekek-kekek Aleesya ketawa. Amboi adik!!! Sukanya dia!

Aleesya Bergendang

Anak dara seorang ni, selera makan boleh tahan. Semua benda nak! Semua benda sedap! Ahaaa... Lagi pula ada dua batang gigi - senang nak makan berbanding orang yang tak ada gigi! Weee~~~

Gendang? Ye. Aleesya bergendang! Ini biskut favourite mama dan Adam. Dan... sekarang, Aleesya tumpang sekaki. Ini biskut kegemaran kami bertiga. Macam-macam biskut dibeli, yang ini wajib ada. 

Mama dengar bunyi. Bunyi orang bergendang. Ingatkan Adam yang bergendang. Rupa-rupanya, Aleesya yang sedang sibuk bergendang. Amboi!!! Sakan bergendang. Happy sungguh. Tersengih-sengih menepuk tupperware. Guna dua belah tangan tu!

Tak apa la Aleesya. Janji Aleesya happy. Bila adik happy, kami semua pun happy!

Mata Abang Adam Bengkak

Tamat sudah exam Adam hari ini. Huuuu... exam tadika mengambil masa seminggu lebih - dianjak ke minggu ini ( Isnin ) kerana menggantikan cuti Deepavali.

Hari pertama - ketiga, Adam demam. Hari terakhir pula sakit mata. Banyak dugaan betul exam kali ini. Tapi, abang Adam kata dia boleh buat, tak apa lah. Buat la ikut yang terdaya.

Owh... Adam dapat buat sedikit sahaja paper hari ini. Kenapa? Kerana Adam dikuarantinkan oleh teacher. Mata Adam bengkak! 

Teacher called mama bagitau keadaan Adam. So, mama bergegas balik untuk bawa Adam ke klinik. Ya! Memang bengkak teruk mata Adam. Kata doctor, mata Adam bengkak kerana alergi. Atau digigit semut. Ianya tidak berjangkit.

Di rumah, selepas makan ubat alergi, Adam tidur. Lama juga Adam tidur. Berjam-jam! Padahal Adam biasanya tidak tidur di siang hari.

Sebaik bangun dari tidur, mama check mata Adam lagi. Ye. Masih bengkak. Tapi tidak seteruk tadi.

Ingatan Takut Lupa

Rajin Adam tulis nota. Semenjak dua menjak ni, selalulah bernota-nota. Hari tu Adam kasi nota cinta untuk mama. Haaaa... Yang ini nota untuk diri sendiri.

Kami berjalan-jalan di mall sambil bergembira. Tapi di tangan Adam ada kertas. 

" Apa tu Adam? ".

" Owhhh... ni untuk Adam. Takut Adam lupa ".

Kisahnya, memang setiap kali ke mall, Adam akan bermain game. Tak pernah la lupa! Biasanya selepas makan-makan, memang tempat game la kami tuju.

Ini notanya. 



Kata Adam, " Kita kan tunggu wan dan Hanif datang sekali. Adam takut nanti Adam happy-happy main dengan Hanif sampai lupa nak main shoot-shoot ".

Owhhhh.... alkisahnya! Jangan risau. Mama dan papa kan ada untuk ingatkan Adam. Tapi, baguslah. Ada effort untuk mengingatkan diri sendiri. Agaknya kalau Adam ada telephone, mesti dah set reminder tu!

Ladybird Di Punggung

Awalnya dua beradik bangun. Pukul 5 dah segar-bugar. Adam seawal pagi dah bermain. Sama juga dengan si baby Aleesya. Bila bangunnya awal, makan dan mandi juga awal!


Haaaa.... Adam buka drawer tempat dia simpan segala kad yang dikumpul. Banyak! Album dah penuh. Banyak yang disusun dan ikat getah sahaja, menunggu album baru dibeli untuk disusun. Biasanya, Adam suka belek-belek kad kuasa dia. Satu persatu diteliti. Kali ini, Adam ada pembantu!


Dah lama rumah tak ada baby. Bila ada baby ni, sekelip mata je ruang tamu menjadi dilanda garuda. Padahal, baby nya seorang sahaja! Hihihi. 


Bukan setakat nak tolong susun, Aleesya nak panjat masuk ke dalam drawer abang sekali!

Menu Makanan Baby Setahun


Si comel mama sudah sihat. Yeay!!! Makan sudah kembali banyak. Berselera Aleesya makan. Menu makan ringkas. Ye.... untuk Aleesya menunya ringkas-ringkas sahaja.

Menu pada hari ini : bubur oat nasi. Tetiba nak share resepi.

Tumiskan rempah empat sekawan di dalam olive oil.
Masukkan sedikit air.
Masukkan ubi kentang yang telah didadu.
Masukkan sedikit isi ayam yang telah dicincang.
Masukkan celery yang dihiris halus.
Masukkan sedikit tomato yang didadu.
Masukkan sedikit beras dan oat.
Masukkan juga suhun yang dipotong pendek.

Bahan perasa, mama masukkan bilis yang digoreng tanpa minyak yang telah dikisar halus.

Makanan baby ni senang. Campak-campak sahaja. Mama pun suka! Hihihi...

Untuk Aleesya, mama tak pernah blend dari dulu. Beras dimasak lama, ia cukup lembut. Hanya perlu lenyek sedikit dengan sudu. 

Masa baby dulu, mama tapiskan dengan penapis teh. Lenyek pada tapis. Hihihi. Lebih senang mencuci tapis dari mencuci blender!

Tambah Tolak Tambah Tolak

Tambah senang je kot. Walaupun kesilapan berlaku, aktiviti penambahan adalah aktiviti yang paling mudah. Kalau tak nak tersilap, kena berhati-hati!

Aktiviti penolakan yang melibatkan nombor besar, nampaknya agak sukar. Bukan bentuk lazim kerana penolakan bentuk lazim Adam belum belajar. Kononnya nak suruh Adam melakukan congak mudah di kepala. Tapi... Adam mengira.

Nak ajar cara mudah aktiviti penolakan. Kalau ada konsep yang boleh semuanya menjadi mudah. Nampak gaya kena cari cikgu matematik ni. Atau boleh ambil tuisyen dengan grandfather wan? Hahahaha. Grandfather wan dulunya adalah cikgu matematik. Dulu mama belajar dengan wan. Mana-mana topik yang selalu mama keliru dan susah nak hafal formula, wan ajarkan mama untuk melihat logiknya. Logik itulah yang mama pakai jika susah nak menjawab soalan.

Hmmm... berpuluh tahun wan tinggalkan sekolah. Boleh tak ajar Adam tuisyen?

Mencuci Telur

Adam mula menunjukkan minat ke dapur. Ye. Kalau ada yang masuk ke dapur, Adam pun sibuk juga.

" Boleh Adam buat ni? ".
" Apa yang Adam boleh tolong? ".
" Adam nak tolong ".

Sebenarnya bukan hanya di dapur. Nampak kain baju pun, sibuk nak tolong lipat. 

" Jom kita lipat baju "

Part melipat baju ni, Aleesya pun suka tolong. Kena cepat simpan baju yang telah dilipat. Kalau tidak, nanti Aleesya kirai! Hihihihi. Dah boleh diharap Adam melipat baju sendiri. Kemas. Baju saiz besar, belum boleh lagi. Tapi Adam nak melipat sama-sama. Supaya cepat siap. Lipat sorang-sorang, tak boleh katanya.

Semalam Adam mencuci telur ayam. Telur yang dibeli, dicuci terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Alhamdulillah. Dah boleh harap. Telur bersih dan tidak pecah. Tq Adam. Memang bagus la abang ni. 

Hadiah Buku Untuk Darjah Satu Daripada Wan

Hari tu ada minta wan kumpulkan silibus semua subjek tahun satu. Dengan contoh soalan exam sekolah jika ada. Haaaa... bukan nak jadi cikgu, saja nak tau apa silibus Adam bila masuk darjah 1 nanti. Jangan tak tau... silibus Aleesya di nursery pun mama tengok :)

Silibus darjah 1 kebanyakannya mama dah dapatkan secara online.

Agak-agak nak buat apa ye? Saja. Preparation untuk tahun depan. Sekurang-kurangnya tau la apa nak di expect. Apa Adam dah belajar, apa yang belum. Level mana Adam sepatutnya dah tau. 

Ni ha buku-bukunya : bahasa Melayu dan English.



Ini pula soalan exam BM tahun 1. Kata wan, dia belum sempat kumpulkan semuanya. Ok. Nampak dah. Ada soalan direct dan ada soalan yang memaksa budak untuk berfikir. Bak kata wan, darjah 1 pun ada soalan aras tinggi.




Nanti wan kasi lagi. Tq wan! Nanti kalau ada, wan kasi ye. 

Jom Bersantai Menikmati Alam Semulajadi

Sesekali berseronok di taman seronok juga. Cuma kami datang sekejap sahaja. Tak sempat pun untuk Adam main di playground. Intai-intai dan beri ikan makan, kemudian kami ke destinasi seterusnya. 




Cantikkan pemandangan di sini? Subhanallah. Memang tenang dan damai. Nampak reflection pada air!

Kalau dulu-dulu, ke sini untuk jogging, atau bawa Adam main di taman. Paling tak, berbasikal di sini. Kononnya tunggu Aleesya besar sikit baru nak di bawa Aleesya ke mari. Padahal, anak dah setahun. Kiranya, dah boleh la kan! 




Adam buat apa di sini? Menikmati pemandangan indah dan beri ikan makan! Wahhh!!! 



Apa dalam tupperware tu? Nasi lemak ayam. Mama dan papa dah makan di rumah. Kami ke tasik untuk pujuk Aleesya makan. Aleesya tak lalu makan akibat demam. Terus Adam pun nak breakfast di tasik.

Mata Adam Rasa Teduh

Minggu exam yang lepas Adam macam nak demam. Dedar tapi suhu tak naik. Hari tu Adam macam nak demam lagi. Seharian berjalan bersama Hanif, malamnya badan Adam dah dedar. Rasanya mesti kerana cuaca yang tak menentu kebelakangan ni. Kalau panas, terlalu panas. Bila hujan pula, selebat-lebatnya hujan turun.


Sebelum tidur, mama beri Adam sedikit ubat demam. Memang Adam tidur awal malam tu. Penat katanya.

" Adam rasa letih macam bulan puasa ".

Mama suruh Adam minum air banyak-banyak. Juga ambil chewable vita C Shaklee. Wajib la. Harap-harap Adam tak demam.

Pagi-paginya :

" Macam mana Adam hari ni? Rasa panas tak? ".

" Hari ni mata Adam tak ada rasa panas la mama. Mata Adam rasa teduh je ".

Hahahhaha.... pecah gelak jam 6.00 am. Mata Adam TEDUH!!! Ok. Mama faham. Tapi salah penggunaan perkataan Adam tu. Kena terangkan betul-betul, kalau tak selamanya la Adam guna ayat macam tu : MATA ADAM TEDUH! 

Sesi Read-A-Loud Dengan Aleesya


Mama dah start read aloud session dengan Aleesya. Yang best sekali, mama ada tutor yang membantu. Siapa lagi kalau bukan Adam! Haaaa! Ya! Adam!



Baca buku dekat baby ni, bukan lama pun. Mama rasa, sekali baca dalam seminit je pun. Baby book, walaupun nampak berhelai-helai, hanya gambar dan satu perkataan pada setiap muka. Ke tak sampai seminit nak menghabiskannya.



Aleesya nampak berminat. Sambil membaca untuk Aleesya, mama test juga spelling untuk Adam. Dari buku yang sama. Jadi, dari buku baby yang untuk newborn ni, mama dapat ajar Adam dan Aleesya sekaligus. Hooray!!!

Mama start dengan Green kerana hijau adalah warna favourite Adam. Nampak pengaruh Adam? 

Resepi Daging Kicap Cili Bawang


Resepi ini, Adam yang tulis. Adam tulis selepas memasak. Nak tengok Adam beraksi, meh baca Siapa Kata Budak Lelaki Tak Pandai Masak Daging Goreng.

Jangan marah ya puan-puan semua. Resepi ni tak habis ditulis. Kenapa? Sebab Chef Adam penat. Letih dah nak tulis dan recall apa yang nak ditulis.

Maklumlah letih selepas Seharian Bersama Hanif. Chef Adam tidur. Katanya letih. Badan dedar juga. Mama beri sedikit ubat demam sebelum tidur. Maaf ye cikgu BM. Dah dipesan menulis tu kena guna huruf kecil, tak tau lah pengaruh dari mana, bercampur kecil besar tulisannya.

Siapa Kata Budak Lelaki Tak Pandai Masak Daging Goreng

Panjang betul tajuk entri. Hmmm... merujuk kepada siapa? Haaaa. Adam lah! Cita-cita Adam buat masa ni adalah untuk menjadi chef. Nanti mama dan papa kena datang restoran Adam untuk makan sedap-sedap!

Bila mama tanya pasal Aleesya, jawapan Adam : " Kalau adik tak tau nak jadi apa bila dah besar nanti, adik jadi chef la! Boleh la adik tolong abang! ". 

Besar cita-cita Adam ni!

Biasa Adam menolong kacau, bubuh.. yang senang-senang je. Hari ini... jeng! Jeng! Jeng!



Adam dapat kepercayaan papa untuk menggoreng daging! Adam yang buat mengikut arahan. Wahhhh! Tak sangka Adam dah bersedia.

Menu yang Adam masak ada dua : daging goreng bawang cili dan telur dadar. Nama resepi tu, Adam yang bagi. Resepi refer la kat sini.

Mengajar Anak Konsep Darab

Kisahnya, tiba-tiba teringat nak ajar Adam konsep darab. Konsep je la. Belum lagi nak menghafal sifir. Asalkan konsep faham, insya Allah tak terkejut bila tiba masanya.

Tapi, betullah. Budak ni otak dia cepat. Senang je nak tangkap konsep baru. Kami buat dalam bentuk game. Main teka-teka.

" 4 × 2 ? ".

" 8 ".

Adam tak menghafal sifir pun lagi. Jadi, Adam mengira. Empat dikira dua kali. Dengan senang hati la Adam kira.

Asalkan jangan la bagi soalan macam ni.

" 2 × 9 ? ".

Kalau rajin, Adam jawab la juga. Tapi kalau datang mood malas,

" Tak ada soalan yang lebih senang ke? ".

Haaaa... itu jawapannya. Sebab ini bukan periksa, main-main je kan, jadi kalau Adam jawab macam tu, mama tukar je la soalan. Kasi soalan senang-senang. Kalau mood lari, nanti tak nak main pula.

Berkejaran Pula Di Dalam Rumah

Selain aksi menyorok-nyorok di rumah, dua beradik ini juga suka berkejaran di ruang tamu. Aleesya mengejar Adam atau Adam mengejar Aleesya? Dua-dua ada. Tengok pada siapa yang approach untuk bermain terlebih dahulu. Kalau Adam yang ajak Aleesya, Adam dah get ready untuk lari. Macam tu juga kalau Aleesya yang approach Adam, Aleesya akan siap sedia untuk berlari.


Lari? Dua-dua merangkak! Owh... siapa tahu apa kelebihan merangkak? Meh nak cerita sikit. Sikit je. Kalau rajin mama buat entry khas.


Merangkak ni akan stimulate otot-otot keseluruhan tubuh badan : menguatkan leher dan tangan. Hasilnya, anak lebih fokus. Betul! Kalau anak tak boleh fokus dalam pelajaran, banyakkan aktiviti merangkak. Ibu bapa pun bagus buat jika fokus asyik hilang. Info ni mama dapat dari pembacaan dan juga dari pakar kanak-kanak semasa Adam kecil dahulu. Ada la Dr. Zaza review sikit dulu kat sini, tapi zaman dulu-dulu, mama tak tulis details.


Aleesya mengekek gelak mengejar Adam. Berhenti dan bangun untuk intai Adam di mana. Adam dulu-dulu lari satu arah je tau. Haaa... adik dia lari banyak arah. Tengok yang mana senang!

Seharian Bersama Hanif


Hari ini, kami lunch bersama wan dan Hanif yang manis. Adam makan sedikit sahaja. Aleesya? Alhamdulillah. Aleesya makan banyak!


Jom tengok gambar rakan sebaya ni. Sebaya tau Hanif dan Aleesya. Cuma baby seorang awal tahun dan seorang lagi baby hujung tahun. Jadi, nampak macam abang dan adik!


Nampak tak? Lengan Hanif pun boleh tutup muka Aleesya.


Muka hero mesti ada!

Selepas kenyang, haaaa.... inilah misi Adam. Nak ajak Hanif yang manis bermain bersama! Jom main dengan abang!




Boleh tahan juga Hanif main. Macam budak besar dah!

Suatu Masa Tak Lama Dahulu


Kenangan outing pertama abang dan adik. Baru sahaja habis pantang. Sweet je dua beradik ni.

Khazanah Lama Hasil Seni Tadika


Mengumbah kotak yang mama simpan hasil-hasil seni Adam. Haaaa.... Simpan? Iye. Simpan untuk Adam tengok. Berapa lama nak simpan? Tak tahulah. Mungkin mama kena snap gambar setiap satunya, upload ke dalam blog. Lepas tu... kalau terbuang pun tak kisah. Sebab boleh tengok dalam blog ;p

Benda-benda macam ni, bila simpan nampak macam menyemak. Haaa... sebab tu la mama beli kotak yang cantik untuk menyimpan. Jadi, nampak kotak yang cantik sahaja la. Isinya... buka kotak, nampak la isinya!

Sibuk kita mengingati nostalgia lama dengan si abang, si adik nak join juga! Wajib ada la Aleesya ni. Hihihi :)

Tukang Kemas Baru


Rumah kami officially dah ada tukang kemas yang baru. Tukang kemas ni comel tau. Umur genap 13 bulan! Gigi baru tumbuh dua batang. Merangkak sangat laju. Meniti-niti pun boleh. Berjalan je yang tak boleh! 


Pantang mainannya dikemas, time itulah sibuk nak main. Ruang tamu yang biasanya kosong, penuh dengan permainan. Dah namanya budak, tak kan tak bermain pula!


Haaaa... itu kad abang. Elok je Adam susun di rak. Datang Aleesya bak garuda. Semua kad yang tersusun bertaburan di atas lantai! Syok je Aleesya meneraburkan semua kad-kad tu.

Sama jugalah dengan buku. Ada dua tiga buku yang diletakkan di ruang tamu ini. Senang dicapai. Buku-buku tu pun selalu di kacau oleh Aleesya. Pantang nampak benda bersusun, mesti nak dikemaskan semula!

Happy Nya Dia


Wahhhh adik manja abang! Dah la bangun awak pagi. Ni dalam kereta siap nyanyi-nyanyi goyang kaki! Happy nya dia!

Aleesya gelak bukan main. Sejak baik demam ni, Aleesya dah tukar style gelak. Gelak dia jadi gelak nakal macam ada benda yang kelakar sangat-sangat! Kalau tak ada apa berlaku pun, kita rasa nak gelak sama sebab dengar Aleesya ketawa. 

Ini ketawa kenapa? Tau kenapa? Dengar lagu hindustan di radio.

Tumpa se air
Hooo hoo hooo
..........

Kata Adam, " Amboi! Adik kita suka lagu India ye. Ini lagu Ipavali ".

Bukan main kannnn... susu dah minum. Ini makan biskut pulak. Sambil joget-joget nyanyi-nyanyi.

Permulaan hari yang ceria, bertambah-tambah ceria la hidup kami!

Awalnya!


Aiiii.... awalnya dua beradik ni bangun! Baru 5.00am dan Adam dah siap pakai baju sekolah? Awalnya mandi!

Adam bangun awal. Yang si adik pun mengekor la. Keluar bilik senyap dan... main! Bangun main di awal pagi... bangun main, mama tak kisah. Tapi Adam kan ada exam lagi. Nanti mengantuk!


Yang Aleesya pula, kalau dia main... mama kena ada dekat. Owhhh lari la jadual mama. Mama bangun awal bukan untuk teman Aleesya main. Mama sibuk pagi-pagi. Macam-macam nak dibuat. Tapi... tengok syok je dua beradik ni main, rasa seronok sangat!

Aleesya Nak Buat Juga


Nampak wajah Aleesya? Khusyuk la tengok tv. Haaa... jangan tertipu. Bukan macam Adam yang suka tengok tv sejak usia 4 bulan, Aleesya baru nak jeling-jeling tv semasa usia 13 bulan. Dah lebih setahun baru nak menjeling. Habis selama ni tengok apa? Apa sahaja kecuali benda elektronik.


Haaaa.. itu sasaran sebenar! Abang tengah menulis ke mengira ke... Tak taulah. Tapi abang pegang pensel. 

Pensel - satu benda yang Aleesya teringin sangat sekarang ni. Pantang abang terlalai, dia meluru nak ambil!


Seterusnya, tak dapat nak ambil gambar dah. Abang dah menjerit minta tolong. 

Setiap Kali Keluar Berjalan


Tengok telatah dua beradik. Elok je duduk di dalam troli. Nak harap Aleesya macam Adam, ada juga. Harapkan Aleesya bukan macam Adam pun ada! Dilema!

Apa kesnya? 

Adam sejak dari kecil, tak pernah la nak berlari dekat mall. So, tak pernah ada adegan kejar-mengejar. Yang Adam tau, duduk diam-diam dalam stroller atau pun mama yang dukung kalau tak bawa stroller. Tak pernahnya nak berjalan apatah berlari!

Mama bukan la teringin nak berkejaran di mall, tapi... nak la anak praktis berjalan. Time baru pandai jalan tu... Kan bagus jika banyak berjalan!


Tak tau lagi apa style Aleesya. Nampak gaya, Aleesya memang jenis explore. Aleesya the explorer. Betul la... kalau anak dua orang, ada dua ragam! 

Harap-harap Adam rajin memimpin dan mengejar Aleesya bila Aleesya start berjalan nanti. Macam Adam memimpin dan mengejar Hanif di KLCC.