Keletah Si Abang

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Last weekend berkampung di rumah wan. Kenduri Uncle Din pada 16 September 2014 - hari Malaysia. Nampak gaya, cuti sekolah ni, tak ada la nak ke mana-mana. Tunggu weekend ye Adam!

Adam pun happy je pergi sekolah! Maklumlah cuti, jadi tiada kelas la kan! Mama plan nak bercuti dengan Adam, tengok movie ke... tapi...

" Cuti sekolah tak payah pakai uniform. Boleh main-main dekat school. Adam nak main kad dengan friends! ".

Hohoho! Tak mau dia ponteng sekolah. Rugi! Bak kata Adam lagi,

" Cuti sekolah ni, kalau mama nak ambil Adam lambat sikit pun tak apa. Adam nak main! ".

Hohoho. Hari pertama sekolah bercuti,

" Teacher buat aktiviti la kat school. Tak dapat nak main ". 

Alaaaa siannya. Anak dah excited nak buat aktiviti bebas, rupa-rupanya ada aktiviti yang telah diaturkan oleh cikgu. 

Adam! Oh Adam!

No comments:

Post a Comment