Jalan-Jalan Aquaria KLCC : Berkenalan Dengan Ikan

Entry bergambar. Meh kita layankan!

Mula-mula kena ada model tetap my-adam. Siapa lagi kalau bukan Adam! Hihihi.


Kami pergi awal pagi. Tak adalah awal. Pukul 10.30 pagi. Kiranya, antara yang terawal la sampai. Hihihi. Sementara tenaga masih banyak. Juga perut yang masih kenyang.

Perancangan awal adalah untuk ke Zoo Negara. Nak tengok panda. Tapi disebabkan hari hujan, perancangan awal diubah ke Aquaria KLCC.

Masuk-masuk kami dijamu dengan banyaknya ikan piranha. Tapi, feeding time adalah pada sebelah petang. So melepaslah!



Ini adalah port favourite Adam. Sampai kena pusing sekali lagi kerana Adam tidak puas melihat belangkas. Adam cuba untuk menyentuh ikan yang ada. Tapi tak dapat. Ikan berenang laju!

Aleesya mana? Aleesya senyap je. Tak ada respond sangat. Mungkin mengantuk!


Haaaa... ada pun bayang-bayang Aleesya! Dan... ada lagi! Hi Aleesya!


Sekian. Nak tulis lebih pendek. Tapi ter panjang sikit ;p

4 comments:

  1. Replies
    1. masih sama seperti dulu. Tapi budak2 seronok la

      Delete
  2. Seronoknya kalau ke tempat besar macam ni tanpa apa2 kes.. last kami pegi tgh tahun hari tu, panik betul saya bila Naim hilang..mujur kejap dn jumpa balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish... Mujur tak de pape! Mesti panik sangat kan?

      Delete