Happy Birthday Aleesya



Entry throwback. Sebak dan bersyukur.

Alhamdulillah. Aleesya dilahirkan tepat pada jam 3.45 petang dengan berat sebanyak 2.89 kg. Proses bersalin pun syukur alhamdulillah. Cepat dan mudah. Segalanya terlalu pantas. 

Aleesya bermaksud sentiasa di dalam perlindungan Allah. Ameen! Nama yang dipanggil akan menjadi doa. Semoga doa dimakbulkan tuhan.

Mama mengandungkan Aleesya setelah 3 bulan berhenti mengambil pil perancang. Kiranya, ini memang anak yang dirancang.

Berdebar-debar juga sebenarnya. Maklumlah, Adam dah berusia 5 tahun. Memang jauh gap nya. Mula-mula, dirancangkan mempunyai seorang anak sahaja. Tapi, akhirnya naluri memberontak inginkan anak kecil. 

Proses mengandung juga smooth. Alahan mengandung tidak seteruk semasa mengandungkan Adam. Mama lebih bertenaga. Seronok mengandungkan Aleesya.

Cuma, episod sedih bermula sejak minggu ke 18. Heavy bleeding. Darah terlalu banyak. Admit di Pusrawi. Dr. Bibah kata, baby ini akan jatuh. Harapan tipis. Bayangkan perasaan mama...

Sebelum tu, bleeding sikit-sikit dah terjadi. Tetapi, mama tak sangka ianya serius. Sebab? Sebab doc tak kata ianya berbahaya. Even sehari mc pun tak dapat. 

Sejak turun darah dengan banyak tu, tiada lagi episod darah turun sedikit-sedikit. Banyak. Risau. Hospital menjadi rumah kedua. Adam terpaksa ponteng sekolah kerana tiada siapa nak uruskan. Tq Adam. Tq juga kepada papa yang setia menemani.

Cerita sedih memang tak ada dalam blog ni. Hanya yang menggembirakan sahaja. Alhamdulillah, kami sekeluarga happy sangat dengan kehadiran princess Aleesya. Happy birthday Aleesya!

No comments:

Post a Comment