1st Gigi

Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab

Ahaaaa.... Aleesya dah pandai baca kitab? Belum! Nak cerita Aleesya dah tumbuh gigi. Lambat? Syukur sangat!!! Abang Adam giginya tumbuh seawal 4 bulan. 7 bulan dah penuh! Bila awal tumbuh gigi, aktiviti menggigit pun bermula awal. Adoi!!!

Giginya masih belum nampak. Tak ada lagi. Tapi, hari tu mama raba-raba dalam mulut Aleesya. Sah! Ada gigi!

Bila minum air pakai gelas, memang ketara Aleesya ada gigi. Boleh dengar bunyi gigi berlaga dengan gelas. 

Hohoho. Officially anak dara i dah tumbuh gigi :)

No comments:

Post a Comment