Riang-Ria Gambang Waterpark



Asyik ke Desa Waterpark je. Maklumlah dekat. Sesekali berjalan jauh sikit. Hihihi. Sikit aje. Ke Gambang Waterpark! Nak cerita la sikit kan! Seronoknya bila jalan-jalan macam ni bawa anak. Bayangkan kalau jalan berdua, eh... pasti bosan! Memang anak lah yang menceriakan suasana.




Adam memang seronok tak terkata. Punya lah happy! Sampai nak makan pun tak lalu. Mama je la yang makan dan makan dan makan. Makan sambil meneman princess Aleesya yang lena diulit mimpi!




Segala belian kat dalam ni, pakai kad. Bukan kad kredit, tapi smart card yang kita isi duit dalam tu. Jangan risau terkurang atau terlebih, sebab boleh topup atau redeem balik amount tu. So, have fun!

Kami sampai dalam 11 pagi. Dannnn.... segala hut untuk disewa telah penuh. Jealous la juga tengok orang bersantai di pondok-pondok comel. Mama dan Aleesya hanya duduk di cafe mengadap makanan.

Sekejap-sekejap Adam datang menjenguk. Bersama papa la ofkos. Happy! Nak dikejut si princess, tak sampai hati. Tunggu Aleesya bangun, barulah kami menyusul. Hihihi. Siapa kata mama dan adik tak nak main air?

Main makan minum. Best lah! 

No comments:

Post a Comment