Di Mana Ada Abang



Di mana ada abang, di situlah adik nak bertenggek. Macam si abang juga, mesti nak cari adik. Kalau boleh, jangan bagi adik tidur. Main aje kerjanya.



Lega la juga bila dua beradik ni macam ni. Senang. Main sama-sama. Setakat ni, rasanya Aleesya belum pandai jealous kot. Ataupun memang tak jealous dekat abang dia. Sesekali, sengaja meriba abang Adam. Nak tengok respond Aleesya. Sama ada Aleesya happy tersenyum bertepuk tangan, atau sengih-sengih duduk berdekatan kami. Menangis ke marah ke, belum ada lagi.

Semoga dapat membesar dalam suasana yang baik. Harap sangat abang dan adik jadi beat friend mama satu hari nanti :)

No comments:

Post a Comment