First Time Tengok Anak Ayam


Bulan puasa bawa Adam ke pasar tani. Kiranya, 1st trip juga Adam ke pasar tani. Niat di hati, nak mencari anak puyuh. Hohoho! Apa nak dibuat dengan anak puyuh? Nak kasi Adam bela la :)

Jalan-jalan, tak jumpa anak puyuh. Yang ada hanyalah anak ayam. Eh... Adam pun dah excited habis dah. Tak jadi bela puyuh, bela ayam la pulak.

Beli anak ayam 6 ekor. Hohoho! Banyak tu! Nasib baik la memang ada reban di kampung. Dapat la 6 beradik bermastautin di situ.

Eh... fikir-fikir balik, bukan la first time tengok anak ayam. Dah 2nd time dah. Dulu pernah la tengok anak ayam dalam incubator uncle din. Dia eramkan telur ayam.

6 ekor anak ayam ni, Adam bela la 2 minggu di kampung. Lepas tu, pok su di kampung la yang kena jaga ayam-ayam ni. Nanti Adam balik, dah besar pun anak ayam =)

Ikan-ikan di rumah, semua ada nama. Rasanya 6 beradik ni belum bernama lagi. 😀

1 comment:

  1. rajin adam membela haiwan ye..cepat bagi nama pada anak2 ayam ni adam

    ReplyDelete