Menu Makanan Untuk Di Bawa Ke Picnic


Seronoknya kan ber picnic. Lebih seronok apabila buat aktiviti sekolah aka tadika macam ni. Ramai je kawan-kawan. Menu yang dibawa untuk berpicnic di sponsor tenaganya oleh papa =)

Tq papa!

Menu simple : cheesy sosej dan bihun goreng tak pedas untuk anak-anak, nasi lemak pedas untuk kami!

Air... mama bawa 2 botol air mineral sahaja. Hihihi...

Sebenarnya, makanan disediakan oleh pihak tadika. Tapi, seperti biasa, pot luck dialu-alukan! Lupa pula nak snap makanan yang banyak tu!!! Macam-macam ada! Makanan berat dan ringan, semuanya ada! Dari karipap, donut, bihun goreng, mee goreng, kek, segala macam kuih-muih dan puding, nasi lemak, keropok, wahhhhh!!!! Memang food heaven!

Untung la yang ada family ikut. Kenapa? Agak-agak pandai ke anak-anak nak menyerbu ambil makanan di meja? Rasanya, anak-anak mungkin malu, malas, takut dan pelbagai rasa lagi. Tak pun, excited nak main! Atau terlalu letih akibat panas yang membahang.

So, mama kerjanya bertanya kepada Adam dan beberapa kawan baiknya, " Nak apa? ". Hulurkan makanan dan minuman. Kesian pulak yang tiada ibu join bersama. 

Ehhh... menyesal tak diambil gambar makanan tu! Sampai penamat hari... makanan masih banyak. Teacher bawa balik semua makanan untuk anak-anak mengulang makan. Untuk Adam, kita balik terus! Yeayyyy!!! Hari ini, tak payah pergi school!

1 comment:

  1. Oh, aktiviti tadika makpak join sekaki. Mestilah meriah dengan makanan kalau dah ada potluck :)

    ReplyDelete