Kami

Asyik dating dengan Adam je kan. Haaa.... Memang dah plan dari tahun lepas. Satu bulan, cuti satu hari khusus untuk Adam. Kalau semua cuti, tak kira. Ahaaaa... Reward la kan untuk abang yang dah pandai berdikari. Main sendiri, makan sendiri, homework pun check dan buat sendiri.

Sungguh-sungguh Adam berdikari. Syukur. Budak ni, bila ada adik, ceeeepat je dia membesar. Padahal... lima tahun makan mama suapkan! Mandi pun mama mandikan! Hihihi... bukan tak reti buat sendiri, tapi... dah namanya anak seorang kan, apa salahnya dimanja-manjakan. Nanti dah besar, dah tak manja-manja macam ni lagi.

Entahkan betul, entahkan salah. Tapi, untungnya sebab Adam senang nak diuruskan. Itu yang untung tu. 

Bila kenangkan Adam yang kena buat sendiri semua benda, kadang-kadang rasa kesian pun ada. Walaupun Adam dengan rela buat itu ini, tolong itu ini, sesekali terdetik juga... Kesian la kat abang sorang ni. Nasib baik la Adam ringan tulang. Senang juga ada abang yang dah besar ni. Rajin melayan adik!

Itu je nak cerita. Hahaha!

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Mudah kerja MA bila macam tu. Dapat bagi tumpuan utk adik lebih tanpa gangguan.

    ReplyDelete