Sepagi Di Pesta Buku

Minggu lepas Adam ke Pesta Buku bersama rombongan tadikanya. Pertama kali ke PWTC bersama kawan-kawan tadika tanpa menaiki bas. Selalunya program yang dirancang oleh pihak tadika akan dibuat bersama seluruh warga. Kali ini, cuma abang-abang dan kakak-kakak senior sahaja. Ewahhhh..... abang senior! Hahaha. Sebab sebenar ialah, orang terlalu ramai di sana. Takut tak terkawal adik-adik junior.


Sebenarnya program last minute. Pihak tadika mendapat jemputan daripada Penganjur untuk join sekali persembahan kamishibai dan storigami. Last minute pun, last minute la. Janji anak-anak gembira. Lagipun PWTC dekat sahaja. Masih di dalam lingkungan jarak dekat-dekat sahaja.

Cuma, agak terkilan sebab MA tak dapat bercuti pada tarikh tu. Sibuk di office. Lain kali la cuti ye Adam. Cuti untuk join Adam ke program tadikanya. Wahhhh!!! Mesti seronok kan!


Antara aktiviti yang ada adalah puppet show, membuat origami dan bercerita. Hihi. Mulanya Adam jangkakan ada sesi bebas anak-anak membaca buku. Kenapa? Adam dah plan untuk ajar kawan baiknya membaca. 

Sekejap sahaja programnya. Anak-anak comel balik semula ke tadika sebelum tengah hari. Seronoknya bila ada aktiviti luar macam ni =)

Antara origami yang diberikan kepada anak-anak.


Anak-anak diberi token majalah "Asuh" dan majalah "Asuh" untuk di bawa balik. 

Lepas ni nak buat entry gelagat anak-anak di sana pula =)

4 comments:

  1. seronoknya adam dpt join aktiviti macam ni..rugi mama tak dpt cuti..klu tak mesti adam lagi suka,tambah meriah

    ReplyDelete
  2. Baguslah budak2 tadika dapat berjalan kat pesta buku...tak lah asek2 pergi rombongan kat zoo n muzium jer kan..dah besar dah Adam...
    Cantik gambar ramai2 tu...simpan baik2 buat kenangan tau...

    ReplyDelete
  3. Mesti Adam seronok sangat dapat join aktiviti luar dengan kawan-kawan. Rugi gak tak dapat nak menunjukkan skil membacanya pada kawan baik ya!

    ReplyDelete
  4. Wah.. bestnya sekolah dkt kawasan pwtc.. mesti cikgu2 senang nk buat program.

    ReplyDelete