Persembahan Kamishibai Dan Storigami


Inilah aktiviti sempena Pesta Buku Antarabangsa bulan lepas - Persembahan Kamishibai Dan Storigami. Kiranya dah sebulan berlalu la kisah ini. Ada ceritanya di sepagi di pesta buku.

Bila ada aktiviti macam ni, budak-budak memang excited la kan. Pergi dengan kawan-kawan, mana nak sama pergi dengan family. Lebih bebas lebih enjoy la kot :)

Aktivitinya pagi. Berkumpul di tadika macam biasa ( jam 8.00 am ). Pukul 9.00 am, bertolak ke PWTC. Haaaa... kali ni bukan naik bas. Sebab teacher tak dapat nak mencari bas. So, kali ni, anak-anak naik kereta teacher ke tempat di tuju - PWTC!

First time la Adam ke PWTC!

Nampak tak Adam sipi-sipi dalam gambar di bawah :)




Aktiviti pada hari tu, adalah... kamishibai dan storigami. Sesi bercerita kepada kanak-kanak dengan menggunakan puppet dan origami sebagai alat bantu mengajar. Anak-anak tentulah seronok!




Antara aktivitinya lagi adalah membuat origami! Hihihi!



Amboiiii.... khusyuknya mendengar cerita!


Sebelum balik, wajib la kita bergambar kenangan!

Adam bawa balik ke rumah love origamy di bawah... beserta Majalah Asuh!


1 comment:

  1. Mahu tak best dapat keluar bersama kawan-kawan, naik kereta teacher lagi. Mestilah enjoykan, Adam :)

    ReplyDelete